Setiap barang memiliki nilai yang tersendiri dan sebuah mangkuk tandas emas yang dipamerkan di Istana Bleinheim baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai pihak.

Malangnya, khazanah bernilai di Istana Blenheim telah dicuri dan kejadian tersebut telah disahkan melalui Twitter milik Istana Blenheim. Kejadian kecurian luar biasa ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat kawalan yang ketat, pencuri masih berpeluang untuk mencuri.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, mangkuk tandas emas itu bernilai 1 juta pound (~RM5.2 juta) adalah rekaan artis kontroversi Itali, Maurizio Cattelan. Malah, ia merupakan sebahagian barang pameran di Oxfordshire, iaitu tempat kelahiran bekas perdana menteri Winston Churchill.

Sebelum ini, pengunjung yang tiba di Istana Blenheim dibenarkan untuk menggunakan tandas itu selama 3 minit sahaja. Ini menunjukkan pencuri tersebut sangat terlatih kerana mampu untuk mencuri hanya dalam masa 3 minit.

Walau bagaimanapun, kes ini masih disiasat dan masih belum diketahui siapa pencurinya. Kecurian yang cukup clean ini mengingatkan kami pada filem Now You See Me. Adakah anda tahu kepala patung Firaun yang dicuri telah dilelong?

Kepala Patung Firaun Yang ‘Dicuri’ Telah Dilelong Dengan Harga RM20 Juta

Lihat Kumpulan Pelancong Dari India Ini ‘Kantoi’ Mencuri Di Bali

Anda Mungkin Suka