19 November lalu telah menjadi saksi kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU) yang berlangsung. Berdasarkan keputusan penuh, masing-masing parti atau blok gagal memperoleh majoriti mudah atau simple majority menerusi pilihan raya yang berlangsung.
Sehubungan dengan itu, Agong perkenan untuk meminta ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi yang tinggi untuuk memamklumkan Istana Negara mengenai gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui bagi pembentukan kerajaan baharu.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Selain itu, parti-parti gabungan yang dipersetujui ini turut diminta untuuk mengemukakan calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara sebelum jam 2.00 petang pada 21 November ini untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Langkah tersebut akan membawa perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk tindakan membentuk kerajaan Malaysia baharu.