Setelah beberapa hari rakyat Malaysia berteka-teki individu yang bakal memegang tompok kepimpinan negara sekaligus bakal menjadi Perdana Menteri kesembilan, akhirnya segala terjawab pada petang ini menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob disahkan sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas berjaya meraih sokongan daripada 114 Ahli Dewan Rakyat sekaligus memperoleh sokongan majoriti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dimaklumkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan mengangkat serta menandatangani sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri bakal dijadualkan pada 21 Ogos jam 2.30 petang di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar dengan perlantikan Perdana Menteri baharu ini dapat mengakhiri kemelut politik yang berlaku dalam negara dan kesemua ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik serta bersatu hati dalam menangani pandemik COVID-19.

Didoakan semoga perlantikan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dapat menyelesaikan isu melibatkan COVID-19 yang membebankan sejumlah besar rakyat Malaysia sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara.

Tular pada hari ini apabila syarikat ini mengarahkan pekerjanya untuk hadir ke pejabat dengan memakai baju lengan panjang bagi mengelakkan gelang pink dikesan pihak berkuasa.

Mahu Elak Gelang ‘Pink’ Dikesan, Syarikat Ini Saran Sorok Dengan Pakai Baju Lengan Panjang

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol

Sumber