Game of Thrones merupakan antara siri popular HBO yang digemari oleh orang ramai seluruh. Baru-baru ini, istana yang menggambarkan Riverrun dalam siri tersebut diumumkan akan dijual.

Untuk pengetahuan anda, istana tersebut dikenali sebagai Gosford Castle dan terletak di County Armagh, Northern Ireland. Istana tersebut telah dibina pada pertengahan tahun 1800.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Istana ini akan dijual pada harga £500,000 (~RM2.6 juta) dimana pembelinya bakal menjadi pemilik istana ini secara rasmi. Berdasarkan beberapa laporan, terdapat syarikat yang ingin mendapatkan Riverrrun untuk dijadikan sebuah hotel.