Setelah melihat keindahan Istana Syarqiyyah, rasanya tidak lengkap jika anda mengagumi sesuatu tanpa tidak tahu apa-apa mengenainya. Maka, kami bawakan kepada anda tentang 7 fakta menarik Istana Syarqiyyah yang tersergam indah di bumi Terengganu, Malaysia ini.

1. Istana Terbaru

Ia merupakan istana terbaru di Malaysia yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Istana ini merupakan istana utama baginda sultan dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan. Di dalam kawasan istana ini juga terletak kediaman utama Istana Tuanku buat baginda sultan dan keluarga.

Kredit: hafzal_trg (Flickr)
Kredit: hafzal_trg (Flickr)

Keseluruhan Istana Syarqiyyah daripada Google Map:

google map istana all

Pejabat Istana Tuanku dan tempat majlis rasmi berlangsung:

Kediaman utama Istana Tuanku:

google map istana 2

2. Nama Istana

Sebelum 4 Julai 2013, istana ini dikenali sebagai Kompleks Istana Bukit Chendering. Kemudian, nama baru iaitu Istana Syarqiyyah yang mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah diumumkan oleh Menteri Besar pada waktu itu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Istana Syarqiyyah membawa maksud ‘Permata Timur’.

3. Pemasyhuran Istana

Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana baharu di Bukit Cendering, Kuala Terengganu, dengan nama Istana Syarqiyyah.

Istana-Syarqiyyah

Baginda bertitah demikian menerusi surat watikah yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di dalam Majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu pada 4 Julai 2013.

Baca: 55 Gambar Istana Syarqiyyah Yang Menyerlahkan Senibina Terengganu Dan Senibina Islamik Alhambra, Andalusia

4. Arkitek Istana

Arkitek, Bill Bensley pernah high-five dengan Sultan Terengganu kerana Bensley teruja dengan projek ini.

“I high-fived him”

Motto beliau menterjemahkan hasil karya seni bina yang mengasyikkan

“My motto has always been, the odder the better, the stranger the better”

BANGKOK, THAILAND - 2007/05/17: Bill Bensley, arkitek landskap dan perancang resort berada di sebelah model istana Terengganu, Malaysia. (Gambar oleh: Peter Charlesworth/LightRocket - Getty Images)
BANGKOK, THAILAND – 2007/05/17: Bill Bensley, arkitek landskap dan perancang resort berada di sebelah model istana Terengganu, Malaysia. (Gambar oleh: Peter Charlesworth/LightRocket – Getty Images)

Bill Bensley merupakan bekas graduan Universiti Harvard yang telah memulakan syarikat rekabentuk senibina di Bangkok, Thailand pada tahun 1989. Beliau telah terlibat dengan lebih 180 hartanah di 30 buah negara terutama yang melibatkan rekaan mewah dan eksotik.

Time Magazine telah menggelar beliau sebagai “the king of exotic luxury resorts” dan menamakannya sebagai 5 orang terbaik di dunia bagi pereka senibina. Fast Company pula menyatakan Bensley sebagai salah seorang yang paling kreatif di dunia di dalam senarai 100 orang terbaik. Dia turut dinamakan di dalam senarai eksklusif Architectural Digest untuk top arkitek dan pereka.

5. Fasa Pembinaan Istana

Istana ini dibina pada tahun 2006 mengandungi 4 fasa dan siap sepenuhnya pada tahun 2014.

09

Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Shafii Mohamad:

Fasa pertama dan kedua pembinaan kompleks istana itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik.

Kredit: Chempedak Luar Pagar (Flickr)
Kredit: Chempedak Luar Pagar (Flickr)

Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalam dan sebagainya.

6. Seni Bina Istana

Jelas kelihatan Istana Syarqiyyah menampilkan gabungan senibina tradisional Terengganu dan senibina islamik yang ada di sebuah bangunan bersejarah di Andalusia, Sepanyol iaitu Alhambra. Contoh yang agak ketara yang boleh mengingatkan saya akan Alhambra ialah bilik ini:

08

7. Ciri-ciri Istana

  • Seni bina istana ini dihiasi dengan lebih 5,000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.
  • Istana Syarqiyyah mempunyai lebih 100 bilik yang memiliki rekabentuk berlainan bagi setiap satunya.
  • 14 tan pintu-pintu gangsa.
  • Dewan setinggi tiga tingkat bangunan.
  • Tanah seluas 865 ekar, dikelilingi hutan.
  • Istana seluas 160,000 kaki persegi.
  • Throne room untuk 1,200 orang.
  • Banquet hall untuk 1,800 orang tanpa apa-apa columns.
  • Air pancut dan menara di taman.

Sumber: Medium, Malaysian Review, Bensley, Forbes, Danang International, Asia-City, Tengku Syah, Skycrapercity, Sinar Harian, Hufcor

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram