Buat anda yang teringin untuk mempunya sebuah istana, kini anda boleh boleh memilikinya. Uniknya istana ini, ia merupakan istana paling kecil di dunia dan yang paling murah sekali. Jadi, aset memang tersangat rare untuk dimiliki.

Istana yang dimaksudkan ini ialah istana Molly’s Lodge, terletak di Long Compton di Warwickshire, England. Dibina pada tahun 1830-an, bagunan agung ini adalah hasil sentuhan oleh seorang arkitek terkenal di British satu ketika dahulu bernama Edward Blore.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada asalnya, istana ini merupakan pondok pengawal di pintu gerbang Weston Park Estate untuk Ratu Victoria. Namun, disebabkan rekabentuk klasiknya yang unik, ia kini dijadikan sebagai tempat tinggal dan akan dijual pada harga $690,000 Usd iaitu lebih kurang RM3.06 juta.

Tidaklah se ‘gah’ istana yang lain, Molly’s Lodge dibangunankan di atas tanah berkeluasan  2.468 meter persegi sahaja. Dilengkapi dengan 1 bilik tidur, ruang makan dan ruang tamu. Meskipun begitu, istana ini tetap dikelilingan dengan permandangan menghijau yang sangat cantik, juga terdapat taman dan kolam hiasan.

Dengan berkonsepkan Victoria, ia cukup untuk mengambarkan ciri-ciri mewah untuk istana ini. Yang sentiasa forever alone tu elok lah tinggal di sini, mana tahu nanti ada jodoh datang macam dalam cerita Beauty And The Beast, betul tak?

Sumber