Baru-baru ini pelakon, Afiq Muiz dan isteri, Pachara Apin menarik perhatian orang ramai apabila isterinya memuat naik kenyataan di akaun TikTok mendakwa Afiq memukulnya.

Bagaimanapun, Afiq Muiz atau nama sebenarnya Afiq Muiz Azman Shah menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis. Dia akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama baiknya serta keluarga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara itu, adik Afiq Muiz iaitu seorang pelakon, Aishah Azman turut menidakkan kenyataan abangnya itu dan mengatakan kakak iparnya memutar belitkan cerita sebenar.

Susulan tuduhan berkenaan, Pachara tidak berdiam diri, malah turut berkongsi beberapa foto menjadi mangsa pukul Afiq Muiz di akaun Facebook miliknya sebagai bukti untuk membuat laporan polis. Bahkan, dia juga memuat naik laporan polis untuk digunakan di mahkamah.

Foto dimuat naik Pachara itu menunjukkan imej imbasan sinar x-ray jarinya patah serta perbezaan antara mata lebam dipukul oleh suaminya dan alergik ubat.

Bukan itu sahaja, Pachara mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak tiga tahun lalu semasa awal perkahwinan lagi, namun berdiam diri kerana mahu menjaga aib keluarga.

Menerusi Instagram Story Pachara pula, dia mengatakan tidak takut sama sekali dengan tuduhan yang dilemparkan oleh keluarga suami kepadanya kerana dia mempunyai banyak bahan bukti untuk digunakan ketika perbicaraan di mahkamah kelak.

Oh!Media / Laman web

Pachara mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan kesihatannya dan berdoa kecederaannya akan lebih baik nanti.