Baru-baru ini, pihak polis telah merampas 284 kotak yang mengandungi beg jenama mewah dari sebuah apartment mewah yang dikhabarkan milik isteri bekas perdana menteri Malaysia, Rosmah Mansor.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Rosmah Mansor dikatakan sangat obses dengan beg jenama Hermes Birkin dan dapat dilihat memakai beg ini di beberapa majlis. Harga permulaan untuk beg Birkin yang standard adalah sekitar RM36,000 dan boleh meningkat ke harga jutaan ringgit (dalam acara lelongan) bergantung kepada model dan edisi Beg Birkin berkenaan.

Rosmah Mansor

Bersama salah satu koleksi beg Birkin miliknya

Tetapi mungkin ada sebab sendiri kenapa Rosmah Mansor pilih untuk memiliki beg berjenama Birkin ini. Menurut laman beg mewah Baghunter, pelaburan untuk beg Birkin mengatasi pelaburan emas dan stok saham S&P 500 dalam 37 tahun ini.

Bermakna, beg Birkin ini adalah satu pelaburan yang lebih menguntungkan daripada emas. Dalam laporan Baghunter, pulangan yang dibuat untuk emas adalah 2.1%, saham S&P 8.7% dan Hermes Birkin 14.3%. Memang jauh beza.

Koleksi beg Birkin Rosmah Mansor ini mungkin salah satu pelaburan beliau di masa panjang. Lagi-lagi untuk model yang rare. Pastinya ianya boleh dijual pada harga yang tinggi dalam acara lelongan. Bijak Rosmah Mansor jana wang dengan beg Birkin.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group