Bestlah kau lepas berhenti kerja, boleh fokus kat anak-anak saja kan. Tak payah fikir lagi pasal kerja.”

Saya tersenyum. Ya, memang best berhenti kerja boleh fokus kepada keluarga. Keluarga bahagia yang ada bersama kita pada setiap masa juga adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Masa tidak bekerja juga adalah kesempatan yang diberi oleh Allah untuk kita mendekatkan diri dengannya dan mencorak masa depan anak-anak dan keluarga mengikut citarasa kita sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun ada juga terselit perasaan rindu kepada kehidupan masa lampau. Semasa berkerjaya, kita mempunyai misi untuk menyumbang intelek dan tenaga di luar daripada aspek keluarga dan pada masa yang sama ada sumber kewangan yang kukuh.

Ada orang yang berhenti kerana kerja yang dilakukan tidak memberi makna kepada hidup mereka. Ada yang diberhentikan kerja, mendapat pampasan dan memulakan perniagaan dengan modal yang ada.

Dilema saya pula adalah kerana saya cintakan kerjaya saya. Saya tahu kerjaya saya memberi impak kepada hidup saya dan organisasi saya. Namun saya tahu tempat isteri adalah di sisi suami dan denagn itu saya mengambil keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya demi suami dan keluarga.

Inilah antara dilema isteri-isteri yang berhenti kerja kerana mengikut suami. Ada di antara kami yang mempunyai dilema rindukan Malaysia, ada yang dilema menguruskan anak-anak dalam cuaca dan kondisi yang tidak sama dengan tanahair.

Ada juga yang mencari aktiviti yang ‘meaningful’ untuk mengisi masa lapang. Pendek kata, pelbagai dilema yang dialami di sebalik senyuman isteri-isteri yang berhenti kerja mengikut suami.

Saya ingin kongsikan 5 tips untuk isteri dan suami yang telah atau akan berhenti kerja untuk mengikut suami:

1. Belajar untuk redha dan menerima keadaan

Salah satu cabaran utama isteri yang meninggalkan kerjaya adalah ‘low self esteem’. Manakan tidak, suatu masa dulu kita ada kerjaya, rakan sekerja dan gaji bulanan yang boleh dibelanjakan tanpa meminta izin sesiapa.

Setelah meninggalkan kerjaya, kita harus menerima keadaan yang kita tidak boleh berbelanja seperti dulu, cari rakan-rakan baru di kalangan isteri yang tidak bekerja dan bina hidup baru. Dekatkan diri dengan Allah agar diberi kekuatan untuk membina hidup baru bersama keluarga.

2. Cari minat dan erti hidup yang baru

Inilah peluang anda untuk ubah dan memperbaharui hidup anda! Saranan saya adalah keluar dan berjumpa dengan seberapa ramai orang dan cari minat baru.

Cuba perkara yang anda tak sempat lakukan semasa berkerjaya dulu, atau mungkin impian anda suatu masa dahulu; contohnya belajar Bahasa asing (sangat penting terutamanya jika anda berada di luar negara), belajar menjahit, online marketing, bela haiwan atau zumba.

Inshallah, anda akan lebih gembira dan dapat menukarkan impian anda menjadi realiti!

3. Ukur tahap pencapaian

Dalam dunia kerjaya, semua usaha diukur dengan target dan Key Performance Indicator (KPI). Apabila kita mencapai progress yang kita kehendaki, kita kan mencapai sense of accomplishment dan ini akan meningkatkan self esteem dalam diri kita.

Oleh itu, walaupun tanpa kerjaya dalam organisasi, kita perlu adakan target dan KPI untuk dunia baru kita. Misalnya, kalau kita memilih untuk belajar bahasa asing, mungkin KPI kita adalah untuk lulus Kelas 2 dalam masa 6 bulan. Inshallah kita akan tampil lebih yakin dengan pencapaian kita walaupun orang lain tak tahu.

4. Nafkah bulanan dari suami

Adakan perjanjian dengan suami untuk nafkah bulanan mengikut kemampuan suami. Ada sesetengah suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri sewaktu isteri bekerja. Maklumlah, isteri tidak perlu meminta pada suami untuk keperluan diri sendiri walaupun suami wajib memberi.

Apabila isteri tidak bekerja, maka suami wajib memberi nafkah mengikut kemampuan suami untuk digunakan mengikut kehendak isteri sendiri, sama ada untuk perbelanjaan diri, sedekah atau simpanan. Pesan saya untuk semua suami, ingat pengorbanan isteri meninggalkan kerjaya kerana suami dan keluarga. Jangan sampai isteri perlu menagih untuk minta apa yang wajib untuknya.

5. Life Guarantee Letter

Apabila isteri tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada suami, terselit kegusaran sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini seperti suami meninggal/menceraikan kita.

Kita tidak boleh buat pinjaman bank kerana tiada pendapatan tetap. Oleh itu perlu ada harta yang boleh kita sandarkan sekiranya perkara itu berlaku. Misalnya, suami boleh memberi ‘Life Guarantee Letter’ dalam bentuk hibah, rumah atau apa-apa juga harta yang boleh memberi jaminan hidup yang selesa bagi keluarga sekurang-kurangnya dalam masa 3 tahun.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Wallahu a’lam bissawab.

Baca lagi: “Sayang Dah Ready Ke Nak Mati?” 3 Punca Saya Tanya Soalan Ini Kepada Isteri Yang Sarat Hamil