Sebelum ini, isteri kepada penyanyi kumpulan terkenal Slam, Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani mendakwa suaminya tidak dibayar semasa mengadakan Konsert Doa Buat Zamani pada bulan September lalu.

Lantaran itu, penganjur konsert tersebut, Aalan Ahmad mengatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan selepas isteri Zamani membuat dakwaan seperti itu dan bertindak menjelaskan hal sebenar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik laporan, Aalan mengatakan kemungkinan Juliana salah faham dan tidak tahu perkara sebenar mengenai jualan tiket yang tidak habis terjual sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Tambahnya, mungkin Juliana tertekan kerana memikirkan keadaan suaminya yang akan menjalani pembedahan sehingga berani mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120. Dari situ saya bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.

“Selepas ditolak kos itu, baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30. Jadi tidak benarlah kenyataan yang dia tidak dapat sesen pun dari konsert terbabit.” kata Aalan

Aalan turut menyatakan bahawa hanya 265 tiket terjual untuk konsert Zamani dengan jumlah kutipan sebanyak RM107,120. Tambahnya, dia sudah berjumpa dengan Zamani pada Sabtu lalu dan menjelaskan semua tiket memang tidak dijual.