Permainan atas talian sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian anak muda sekarang. Ia menjadi lebih popular apabila permainan ini boleh diakses hanya dengan menggunakan telefon bimbit.

Walaubagaimanapun, permainan atas talian seharusnya mempunyai had yang ditetapkan agar tidak membawa kesan yang buruk kepada pemain.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Terbaharu, seorang wanita dilaporkan telah lari meninggalkan suami dan anaknya selepas dia dilaporkan berkenalan dengan lelaki lain di dalam permainan atas talian PUBG yang popular di kalangan remaja, lapor Awani.

Wanita yang berusia 22 tahun itu meninggalkan anaknya sejak 31 Mei lalu dan sehingga kini masih gagal dikesan. Dia dikatakan lari meninggalkan suaminya, 24 tahun, dengan menggunakan sebuah motosikal.

Mereka yang berasal dari Kampung Pantai Merang, Permaisuri, Setiu dilaporkan telah bergaduh pada malam sebelum hari dia menghilangkan diri. Suaminya turut memberitahu media bahawa ini merupakan kali kedua isterinya menghilangkan diri.

“Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian,” katanya seperti yang dilaporkan Awani.

Suaminya telah membuat laporan polis di Balai Polis Penarik,Setiu tentang kehilangan isterinya. Kali terakhir isterinya dikesan adalah di sekitar Manir apabila motosikal tersebut ditinggalkan di sebuah pasaraya berdekat kawasan terbabit.

Suaminya yang bekerja dengan mengambil upah membuat kerja-kerja kampung mengaku kesal dengan kejadian ini. Tambahnya lagi, memikirkan anaknya yang masih berusia tiga tahun dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Sebenarnya, permainan atas talian ini jika dimainkan dengan betul, boleh mendatangkan rezeki yang lebih. Baca kisah suri rumah jana pendapatan sebanyak 5 angka sebulan dengan PUBG.

Suri Rumah Ini Jana Pendapatan Sebanyak 5 Angka Sebulan Melalui Penstriman Permainan Video PUBG

Pasukan ‘PUBG Mobile’ Malaysia Ini Raih RM172,000 Selepas Muncul Terbaik Asia Tenggara

Catat 1.2 Juta Pengikut, Soloz Kini Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records

 

Anda Mungkin Suka