Thailand adalah syurga buat pengembara yang mahukan ketenangan dan hiburan. Pulau-pulau dan pengembaraan yang ditawarkan di Thailand sering mendapat tempat di hati para manusia dari seluruh dunia. Jadi tidak pelik untuk dikatakan bahawa Thailand adalah syurga dunia yang dicari oleh setiap orang di seluruh dunia.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Thailand juga menyembunyikan pelbagai satu cerita yang hitam dan gelap. Ia dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang tidak manusiawi telah dijalankan disini, seperti mencari pasangan, menjalinkan hubungan songsang, dadah dan pelbagai jenis cerita lagi.

Baca Juga:

Seperti kisah seorang wanita ini yang pelik dengan kelakuan suaminya yang sering ke Thailand tanpa memberitahunya. Lebih pelik lagi apabila suaminya sering menghantar wang ke sana, tetapi dia tidak pasti wang itu untuk siapa.

Menerusi laporan Lad Bible, seorang wanita mendedahkan perjuangan rumah tangganya secara langsung di kaca televisyen. Dia memohon nasihat dan diminta untuk tunjukkan jalan kerana dia sudah terlalu buntu dengan kelakuan suaminya yang seolah-olah berahsia.

Wanita dengan nama Julie, menelefon rancangan televisyen terkenal di United Kingdom, This Morning untuk mendapatkan bantuan dalam salah satu segmen Dear Deidre. Dia berkata suaminya yang berusia hampir 50 tahun sering melancong ke Thailand tanpa memberitahunya dan dia mendapati suaminya telah menghantar wang kepada seseorang di sana.

Dia memberitahu hos Phillip Schofield dan Holly Willoughby, serta Deidre Sanders, bahawa dia seolah sudah putus asa dan buntu, “Biasanya pada malam Rabu dia pergi. Saya pulang [kerja], tiada mesej, tiada apa-apa, pasport [dia] hilang, pakaian [dia] hilang,” dedahnya sebelum menambah, “Saya sudah berusia 70 tahun sekarang…saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.”

Julie mendedahkan bahawa beratus-ratus pound telah dihantar kepada seseorang di Thailand. Selain itu, setiap kali dia mahu berbincang tentang soal tersebut dengan suaminya, dia hanya memberitahu Julie bahawa itu bukan urusannya.

Holly yang mendengar masalah wanita tersebut berkata ada tanda-tanda yang kurang baik dan rahsia dari suaminya, manakala Phillip pula menyatakan bahawa kemungkinan suami Julie mungkin curang dengan ‘lelaki atau perempuan’ di Thailand.

Deidre pula menambah, “Sudah tentu apa yang suami anda lakukan adalah membimbangkan dan menyalurkan ratusan paun pendapatan keluarga – itu amat mengerikan.”

Julie kemudiannya menjelaskan bahawa wang yang dihantar ke Thailand bukan diambil daripada akaun bersama. Tetapi ia tetap pelik kerana suaminya sanggup melaburkan wang beratus pound untuk seseorang yang beliau tidak kenali dan menambahkan curiga Julie.

Isu ini telah mendapat perhatian pengguna media sosial di mana kebanyakan mereka mengiyakan teori Philip bahawa suaminya kemungkinan sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang di sana. Sebahagian pula mencadangkan kepada Julie agar meninggalkan suaminya, manakala sebahagian lagi minta untuk mereka duduk berbincang.

Tidak pelik sebenarnya kes ini berlaku, tetapi yang peliknya ia berlaku kepada seseorang yang duduk jauh di United Kingdom. Rata-rata rakyat Malaysia sudah lali dengan kes begini. Thailand bukan sahaja tempat mencari pasangan, tetapi ia juga telah dijadikan tempat untuk orang Malaysia menambah pasangan.

Seperti kes seorang selebriti yang sering membuat filem kegagahan pahlawan Melayu tetapi pilih untuk kahwin lari di Thailand. Sempat juga kes itu heboh dan menjadi bahan jenaka pengguna maya. Bagi sesetengah orang, Thailand mungkin syurga, bagi para isteri pula, Thailand adalah neraka yang menghancurkan rumah tangga mereka.