Apa hadiah terakhir yang anda beri pada pasangan anda? Bagi lelaki ini, isterinya menghadiahkan beliau sebuah motosikal Harley-Davidson Iron 883. Best kan?

Semuanya bermula ketika awal perkenalan antara Gaurav Sethi dan Akhilee Matta pada tahun 2012. Ketika satu jamuan berlangsung di rumah Gaurav, Akhilee ternampak dua poster motosikal Harley-Davidson tertampal di almari bilik Gaurav. Satu tertulis 25th August 2012: CS Gaurav Sethi dan 11th December 2015: Harley-Davidson Iron 883.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Harley-Davidson Iron 883
Harley-Davidson Iron 883

Ianya impian Gaurav untuk membeli motosikal itu tetapi terpaksa melupakan hasrat beliau itu kerana Gaurav ingin berkahwin dengan Akhilee dan bagi Gaurav, fokus utamanya adalah untuk berhahwin dengan Akhilee. Tersentuh dengan pengorbanan Gaurav itu, Akhilee menyimpan duit selama 3 tahun dan pada tarikh 11 Disember 2015, Akhilee menunaikan impian Gaurav dengan menghadiahkan Harley-Davidson impian beliau.

Gaurav dan Akhilee bersama Harley-Davidson mereka
Gaurav dan Akhilee bersama Harley-Davidson mereka

Sweet sangat kan? Anda kalau ada sesuatu yang dihajati di hati, boleh cuba taktik ini. Tulis di Facebook dan harap-harap si dia terbaca.

https://www.youtube.com/watch?v=k8QsEfl3ucs