Nama bekas jurulatih Liga Super kembali menjadi perhatian selepas berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Kontroversi perkahwinan bekas jurulatih Liga Super sekali lagi panas apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.https://t.co/VEXqBTvAwC
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 23, 2023
Menurutnya, pergaduhan berlaku di restoran di sini. “Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh bekas jurulatih tersebut ketika ini.