Satu hantaran video tular di Indonesia apabila seorang lelaki menikahi isteri ketiga sambil ditemani dua orang lagi isterinya semasa majlis perkahwinan suami mereka.

Dipercayai, isteri ketiganya bekenalan dengan suami menerusi ayahnya dan bertemu secara tidak sengaja. Bahkan, mereka kenal hanya dalam masa yang singkat sebelum disatukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mifth_makeup

Yg lg viral #poligami

♬ suara asli – Titomunandar – Titomunandar

Menurut sumber, lelaki berkenaan hanya bergurau untuk jadikannya sebagai isteri ketiga, namun gurauan itu menjadi kenyataan dan tidak menyangka mereka sememangnya berjodoh.

Wanita yang bernama Alqia Zahra itu turut mengatakan hubungannya bersama kedua madunya dalam keadaan yang baik. Malah, madunya itu memberi restu suaminya untuk berkahwin kali ketiga.

Ujar wanita berusia 20 tahun itu lagi, dia merasa kagum dengan sikap penyabar kedua madunya, lebih-lebih lagi isteri pertama kerana sanggup mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi. Dia bersyukur mendapat madu yang ‘cool’.

Dalam pada itu, isteri kedua dikenali sebagai Lutvi Seftia Rahmat berkata, dia tidak akan menghalang perkara yang baik dalam hubungan berumah tangga.

Susulan kenyataan itu, dia mengizinkan suami berkahwin lagi walaupun dia sedang hamil anak pertama. Malah, dia meluahkan rasa sayang untuk kesemua ahli keluarganya termasuklah isteri pertama, isteri ketiga dan anak-anak tiri.