Pelakon, Afiq Muiz atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah dituduh sebagai seorang kaki pukul oleh isterinya sendiri iaitu Pachara Apin tetapi adiknya, pelakon Aishah Azman tampil mempertahankan abang kesayangannnya.

Menerusi satu foto dimuat naik Aishah di Instagram, dia menafikan perkara tersebut berlaku dan mendakwa kakak iparnya suka memutar belit cerita sebenar dan menabur fitnah kepada abangnya Afiq Muiz.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

OhBulan / Website

Dalam pada itu, Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah juga menegaskan untuk tidak melibatkan keluarganya dalam hal ini kerana boleh memburukkan nama baik keluarga mereka.

Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan kakak iparnya pernah berlaku curang dan kelakuan buruk seperti meminum arak, pergi ke kelab malam dan makan makanan tidak sepatutnya sebagai seorang Muslim.

Selain itu, aktres berumur 26 tahun itu turut berpesan untuk tidak mendengar cerita sebelah pihak sahaja dan keluarganya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Pachara masih bertindak untuk memfitnah abangnya.

Pachara Apin sebelum ini pernah menuduh suaminya di akaun media sosial yang mengatakan Afiq memukulnya, bahkan mematah kakinya dan jarinya.

https://www.instagram.com/p/ClkmkUSvxwE/

Dalam perkembangan terkini, Afiq Muiz telah membuat laporan polis terhadap tuduhan fitnah yang dilemparkan kepadanya. “Assalamualaikum, laporan polis sudah dibuat, tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah-fitnah yang telah dilemparkan,” tulisnya.