Isteriku Cikguku, sebuah telefilem yang mengisahkan tentang seorang anak murid yang jatuh hati kepada cikgunya sendiri.

Azlan seorang murid yang nakal. Dia sering menimbulkan pelbagai masalah di sekolah sehingga semua guru di sekolahnya sudah berputus asa terhadapnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=d7BZHyItaug

Suatu hari, seorang guru ganti bertugas di sekolah itu dan berusaha mengubah sikapnya. Azlan jatuh hati kepada gurunya yang menjadi satu-satunya orang yang mempercayai bahawa dirinya masih boleh menjadi seorang insan yang berguna.

Azlan belajar dengan tekun, dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia ( SPM ). Bertahun-tahun kemudian, Azlan mencari kembali cikgunya demi menunaikan janjinya untuk mengahwini cikgunya itu.

Kisah ini kedengaran seperti novel cinta dan cerita di alam kayangan. Namun dalam realiti, kisah seperti ini pernah berlaku.

Gambar: Toronto Star

Emmanuel Macron ialah salah seorang calon Presiden Perancis. Beliau baru berusia 39 tahun. Dia berkahwin dengan seorang wanita yang berusia 64 tahun. Wanita itu ialah bekas cikgunya.

Sewaktu berada di sekolah menengah, Macron jatuh cinta kepada gurunya itu. Namun perhubungan itu tidaklah direstui oleh keluarganya. Macron berjanji kepada gurunya bahawa suatu hari nanti setelah dia dewasa, dia akan kembali mencari gurunya untuk mengahwininya.

Masa berlalu. Macron meneruskan pengajiannya dan kerjayanya semakin berkembang. Gurunya pula telah memiliki 3 orang anak, tetapi telah bercerai. Salah seorang anaknya hampir sebaya dengan Macron.

Walaupun bertahun-tahun telah berlalu, Macron masih mengingati janjinya kepada gurunya. Mereka akhirnya berkahwin ketika Macron berusia 29 tahun, dan gurunya berusia 54 tahun.

https://www.youtube.com/watch?v=p2qaoXRNk84

Berapa ramai di luar sana yang berpegang teguh untuk menunaikan janjinya kepada orang yang diberi janji di alam realiti?