Sejarah telah tercipta apabila Pakatan Harapan selaku parti pembangkang pada sebelum ini berjaya memperoleh kemenangan pada PRU14 menewaskan parti Barisan Nasional.

Seperti yang dijanjikan Tun Mahathir selaku pengerusi parti Pakatan Harapan bakal dinaikkan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua selepas mengumumkan persaraan pada tahun 2003.

Dalam pada itu, difahamkan upacara angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-7 Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada jam 9.30 pagi pada hari ini terpaksa ditangguhkan.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, keputusan siapa yang dilantik sebagai Perdana Menteri bakal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong berikutan tiada parti yang berjaya mendapat majoriti mudah. Setakat ini masih belum diumumkan bilakah majlis angkat sumpah ini bakal dibuat.