Apa itu istiqamah? Makna lain bagi istiqamah adalah konsisten dan berterusan.

Hmmm.. ini merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh semua orang.

pexels-photo-888899
HYPE
Huawei Kongsi 3 Idea Temu Janji Romantis Serta Hadiah Percutian Ke Maldives
Baca lagi →

Sibuk, tak sempat, tak ada masa, penat, adalah perkara yang sering dijadikan alasan untuk tidak menjadikan membaca Al-Quran sebagai satu amalan.

Jadi, disini kami kongsikan beberapa tip yang terbaik supaya kita semua dapat istiqamah dalam membaca Al Quran.

1. Susun Jadual

Al-Quran

Sebenarnya, kita boleh susun jadual kita sendiri untuk aktiviti membaca Al-Quran.

Waktu terbaik yang disarankan adalah sebelum masuknya waktu solat, ataupun selepas selesai solat.

Jika masa merupakan masalah utama, cuba amalkan selepas kita selesai menunaikan solat maghrib dan sebelum masuknya waktu isyak sebab, waktu maghrib ini singkat.

Jadi, sementara nak tunggu masuk waktu isyak, bolehlah kita isikan dengan zikir dan mengaji Al-quran

2. Satu muka surat satu hari

Baca Al-quran sebanyak satu muka surat dalam satu hari untuk setiap hari.

Anda boleh bermula dengan beberapa potongan ayat.

Apabila kita dah semakin lancar dan mahir, bolehlah amalkan dua muka surat dalam satu hari dan seterusnya.

3. Baca Al-Quran dan terjemahannya sekali

Al-Quran

Sambil membaca Al-Quran, eloklah kiranya kita ambil tahu sekali makna atau terjemahannya.

Untuk lebih mudah, kita gunakan Al-Quran yang mempunyai terjemahan ‘per kata’.

Sekurang-kurangnya kita tahu dan faham maknanya di dalam bahasa melayu.

Antara kelebihan menggunakan Tafsir Quran ini juga, kita tidak diwajibkan untuk berwudhuk, jadi alasan kita tiada wudhuk, tak boleh lagi digunakan untuk bermalasan dalam membaca Al-Quran.

4. Letak Al-Quran di tempat yang mudah dilihat dan dicapai

Tabiat malas memang merupakan masalah utama bagi sesiapa sahaja.

Malas nak bergerak, malas nak ambil wudhuk, malas itu, malas ini. Itu biasa.

Sekiranya kita berniat untuk mengaji selepas waktu solat, maka letakkanlah al-Quran itu dekat dengan tempat solat kita bagi memudahkan untuk kita capai dan baca.

Tapi kita kena pastikan Al-Quran itu diletakkan di tempat yang tinggi.

Kita juga boleh ambil sedikit waktu untuk mengaji di pejabat sekiranya kita dapat menyelesaikan tugasan atau kerja kita awal daripada biasa.

Maksudnya ketika kita tidak sibuk. Jadi, letakkan Al-Quran di atas rak berdekatan dengan tempat kita buat kerja

5. Gunakan media sosial

Youtube

Manfaatkan teknologi sebaik-baiknya.

Ruginya kalau kita dah ada smartphone yang canggih, tapi tidak digunakan untuk menambah nilai ibadah kita.

Banyak aplikasi yang boleh kita muat turun dan gunakan antaranya seperti Youtube.

Kebanyakkan bacaan Al-Quran yang disediakan telah disertakan sekali dengan subtitle.

Jadi bolehlah kita mendengar sambil membaca bersama.

Kaedah ini juga dapat membantu mempercantikkan lagi cara bacaan kita terutamanya dari segi tajwid, dan panjang pendek bacaan, selain membantu untuk lebih faham di mana tempat yang kita boleh berhenti, patut berhenti dan tidak boleh berhenti.

Mudah bukan? Jadi, diharapkan tip ini dapat membantu anda semua untuk lebih istiqamah untuk membaca Al-Quran.

Baca lebih banyak tip Al-Quran di Celik Al-Quran.

Artikel di atas disumbangkan oleh Syukur Sapuan. Pendidik. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka