Plaintif Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tentuan Kengadharan & Co, memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Malaysia sebagai defendan tunggal dalam tindakan undang-undang terbabit.

Difahamkan, plaintif yang juga seorang peguam memfailkan tindakan undang-undang berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat, lapor Malaysiakini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara alasan plaintif memulakan saman ini adalah bagi menentukan sama ada Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun perdana menteri menasihatkan sebaliknya berdasarkan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut salinan afidavit, dengan hormatnya, keengganan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri mengakibatkan Raja menjalankan fungsinya dengan cara yang tidak sesuai dengan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Syed Iskandar juga meminta mahkamah untuk menentukan kedudukan sah suatu pindaan terhadap Artikel 150, yang melarang mahkamah mendengar tindakan undang-undang berhubung dengan isu pengisytiharan darurat.

Plaintif juga menuduh bahawa pindaan Artikel 150 telah meminggirkan kuasa semakan kehakiman yang merupakan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan dianggap sebagai tidak berperlembagaan dan dengan itu batal serta tidak sah.

Di dalam surat sebab samannya, plaintif menyatakan bahawa ini merupakan litigasi kepentingan awam bagi menegakkan Perlembagaan Persekutan, “Saya benar-benar percaya bahawa penentuan mengenai pertanyaan-pertanyaan di atas oleh mahkamah terhormat ini penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ahad lalu, Agong berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia dan merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Permohonan pengisytiharan darurat sebelum ini telah dipersembahkan oleh Perdana Menteri di majlis menghadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu (23 Oktober, 2020).

Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.

Artikel 40, Artikel 150 dan pindaan Artikel 150

Artikel 40 membahaskan tentang perlunya Agong bertindak sesuai dengan nasihat kabinet atau menteri yang bertindak di bawah kekuasaan umum kabinet.

Artikel 150 membahaskan tentang kuasa Agong untuk mengeluarkan pengisytiharan darurat di mana terdapat situasi di mana keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam.

Pindaan Artikel 150 (8) menyatakan bahawa tidak ada mahkamah yang memiliki kuasa untuk memenuhi atau menentukan permohonan, pertanyaan atau proses apa pun, dalam bentuk apa pun, dengan alasan apa pun, mengenai kesahihan pengisytiharan darurat.

Terdahulu, Agong dalam kenyataannya menolak untuk mengisytihar darurat seperti yang dimohon oleh Perdana Menteri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Tiada Keperluan Isytihar Darurat Di Negara Ini’ – Yang di-Pertuan Agong

Agong Nasihat Ahli Politik Muhasabah Diri, Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik

‘Susah Kalau Orang Sakit Jiwa!’-Tuanku Permaisuri Agong Jawab Komen Biadap Netizen Di Instagram

 

Sumber