Baru-baru ini, penyanyi lagu ‘To The Bone’, Rizky Rahmadian Pamungkas telah menerima kecaman hebat netizen apabila membuat aksi tidak senonoh semasa melakukan persembahan.

Untuk pengetahuan anda, Pamungkas telah menggosok telefon bimbit milik peminatnya di bahagian sulit ketika menyanyi di konsert dan aksi tersebut dilihat tidak manis dipandang peminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@ae.zammm/video/7152000540073823514?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Menerusi laporan, Pamungkas mengatakan bahawa dirinya tidak terkesan dengan kecaman tentang isu terbabit selepas bertindak berdiam diri beberapa hari. Lantaran isu itu, pengurusnya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana stress  sehingga menyebabkan mengalami masalah jantung.

“Saya mahu membuat kenyataan tentang apa yang terjadi seperti yang kalian mahukan. Saya berdiam diri sebab mahu mengumpul semua maklumat dan mengambil masa untuk buat keputusan sama ada mahu beri kenyataan ataupun tidak,

“Ketika itu, hanya antara saya, peminat dan juga sebahagian daripada aksi pentas sahaja. Malah saya juga tidak mabuk semasa melakukan persembahan seperti yang diperkatakan oleh orang ramai,” kata Pamungkas.