Rasanya semua sedia maklum keadaan ekonomi sekarang sehingga menyebabkan banyak bisnes cuba mengurangkan kos operasi agar boleh survive untuk bulan-bulan seterusnya. Salah satu cara ialah dengan mengurangkan pekerja.

Itulah yang dilakukan oleh Nyla Sdn Bhd yang menerbitkan majalah komik Upin & Ipin apabila mengambil keputusan untuk memberhentikan Ujang yang dibayar retainer fee setiap bulan sejak 2009 sebagai penasihat dan editor majalah komik syarikat itu.

Menurut pihak Nyla, Ujang telah diberitahu pada Februari lalu bahawa dia tidak diperlukan lagi oleh syarikat apabila Les Copaque mengambil peranan yang lebih aktif sebagai penasihat dan editor.

Susulan itu syarikat telah mengesahkan kepada Ujang bahawa penamatan servis Ujang akan berlaku dalam pertengahan April. Jadi, ia merupakan satu situasi yang sudah dijangkakan oleh kedua-dua pihak.

Anda boleh baca kronologi isu ini di Vocket.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤