Walaupun sudah banyak bukti kukuh mengatakan bumi ini berbentuk sfera dan bukannya rata, namun tetap ada golongan yang mahu menafikannya.

Bagi Dr Sheikh Muszaphar, beliau menerima soalan bumi rata ini hampir setiap hari dan melalui perkongsiannya di Instagram, ada yang mahu beliau bersumpah dengan nama Allah membuktikan bahawa dunia ini tidak rata.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

View this post on Instagram

Pic – To all flat Earthers out there … I get thousands of DM’s on my Social Media asking me about the shape of the Earth and some even have the guts asking me to swear in the name of Allah . I thought I have made it clear on my previous postings showing pics I took from Space and my statements . And no matter how much I explain to them , I can never convince them … They are always sticking to their non-factual based evidence which I find appalling . On this Barakah Friday I’d like to make a point to these groups as what I have seen and known . “ Dengan nama Allah saya bersumpah bahawa Bumi berbentuk sfera seperi mana dilihat oleh saya di Angkasa “ I hope that clears the air … Salam Jumaat Everyone . Love As Always . PS – “ It’s harder to convince or debate with the uneducated compared to the intellectuals because they don’t understand the basic of knowledge “

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Sheikh Muszahpar dilihat sudah ‘penat’ untuk melayan golongan flat earth ini yang masih tidak faham dan menjawab panjang di gambar terbarunya. “Saya menerima ribuan mesej peribadi (DM) di media sosial bertanya saya bentuk muka bumi ini sehingga ada yang berani untuk saya bersumpah dengan nama Allah,” tulisnya di Instagram.

“Rasanya saya sudah terangkan dengan jelas di perkongsian sebelum ini gambar yang saya rakam dari angkasa lepas. Namun, walau macam mana pun saya terangkan, saya tidak mungkin dapat meyakinkan mereka (golongan flat earth). Mereka tetap dengan fakta dan bukti yang tidak berasas cuba melawan fakta sebenar,” tambah Sheikh Muszahpar.

“Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya mahu sekali lagi menerangkan kepada golongan ini tentang apa yang saya nampak dan tahu. Dengan nama Allah saya bersumpah bahawa Bumi berbentuk sfera seperi mana dilihat oleh saya di Angkasa. Harap semua jelas selepas ini,” Sheikh Muszahpar menutup tulisannya.

Diharap penjelasan ini menutup mulut para pengikut flat earth yang sentiasa mahu menang. Sebelum itu, Sheikh Muszahpar sempat berseloroh bahawa ianya lebih susah untuk menyakinkan serta berdebat dengan mereka yang ‘tidak cerdik’ dengan mereka yang cerdik kerana golongan ‘tidak cerdik’ ini tidak faham asas kepada sesuatu ilmu.

Ini bukanlah pertama kali Sheikh Muszaphar dicabar untuk bersumpah perihal bentuk bumi. Ini jawapan yang diberi beliau awal tahun ini.

Ini Jawapan Sheikh Muszaphar Apabila Dicabar Bersumpah Perihal Bentuk Bumi

Selepas 11 Tahun Angkasawan Pertama Negara Kongsi Video Latihan Ke Angkasa Lepas

Anda Mungkin Suka