Sebelum ini, ramai penumpang AirAsia menzahirkan rasa marah dan tidak puas hati apabila penerbangan mereka dijadual semula beberapa kali sehingga membuatkan banyak rancangan tergendala.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan telah mengakibatkan kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak AirAsia mengambil maklum dan memohon maaf kepada para penumpang yang telah mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan disebabkan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini.

Tambahnya, antara faktor yang menyumbang kepada penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ini ialah permintaan untuk penerbangan domestik telah naik secara sangat mendadak dan juga kerana pembukaan sempadan negara sejak 1 April lepas.

Ketika ini, keutamaan AirAsia ialah meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua tetamu tiba di destinasi dengan selamat. Malah, AirAsia Malaysia kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa prapandemik.

Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula sepertimana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Dibiar Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin Selama Sejam, Penumpang Luah Kekecewaan Terhadap Servis MAS

Sudah Dibuka Kembali, Tasik Cermin Tawarkan Keunikan Terbaru Buat Pengunjung

Sumber