Kerajaan China sekarang ini ditekan di peringkat antarabangsa selepas satu laporan menunjukkan bahawa terdapat aktiviti penindasan ke atas masyarakat di sana.

Biarpun ditekan pada peringkat antarabangsa, kerajaan China dilihat tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bekerjasama dalam menyelesaikan isu hak asasi manusia ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah ia dilihat makin bertambah apabila melalui satu ciapan @magmalaya, seorang penduduk di Guangzhou juga salah seorang wakil Hijrah Trading menyatakan bahawa segala bentuk tulisan arab tidak lagi dibenarkan untuk diguna pada mana-mana kedai muslim.

Tambah beliau lagi, hanya terdapat dua karakther Cina ‘清真’ yang digunakan bagi menunjukkan tanda halal.

Kurang pasti ini adalah sebahagian daripada propaganda politik oleh China untuk menguatkan lagi ideologi masyarakat mereka atau sebaliknya.

Tetapi penindasan China terhadap masyarakat mereka – terutamanya muslim – baru-baru ini dikritik dengan jelas oleh pemain Arsenal, Mesut Ozil dalam satu ciapannya di laman Twitter miliknya.

gulagtitle3-mr
BBC

Beliau dengan jelas mengutuk negara-negara Islam yang lain apabila hanya duduk berdiam diri tanpa sebarang tindakan untuk membantu muslim yang tertindas di sana.

Manakala New York Times melaporkan bahawa tekanan terhadap China telah meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini selepas Dewan Perwakilan Amerika Syarikat minggu lalu menyokong rang undang-undang yang boleh mengenakan sekatan ke atas pegawai-pegawai China.

Sebelum ini BBC mengeluarkan satu laporan bagaimana kerajaan China ‘membasuh’ masyarakat Uighur – majoritinya adalah muslim – yang ditahan di salah sebuah kem.

China dengan keras menafikan laporan tersebut dengan menyatakan bahawa kem tersebut dijadikan tempat untuk sukarelawan mendapat pendidikan dan juga latihan.

Kami sebelum ini pernah menulis kisah seorang jutawan China yang dilarang untuk hidup mewah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahkamah Larang Anak Jutawan China Hidup Mewah Selepas Tanggung Hutang Lebih RM89.6 Juta

Kereta Terbang ‘Aircar’ Berjaya Membuatkan Pengunjung Di China Teruja

Warga China Ini Sanggup Bayar RM400,000 Untuk Beli MyKad Dan Pasport Malaysia