Ahli politik sayap kanan Belanda Geert Wilders, yang memberikan sokongannya kepada Nupur Sharma – ahli politik India yang mengeluarkan kenyataan memperolok agama Islam dan Nabi Muhammad – berkata bahawa dia telah menerima ugutan bunuh.

Sebelum ini, Sharma telah digantung daripada peranannya sebagai jurucakap BJP kerana komen menghina Nabi Muhammad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, ahli politik sayap kanan dari Belanda tampil mempertahankan Sharma, berkata bahawa Sharma bercakap “tidak lain hanyalah kebenaran tentang Nabi Muhammad dan isterinya Aisha”.

Dalam ciapannya, Wilders meminta ‘sahabatnya’ di India untuk tidak gentar dengan negara Islam. Beliau juga meminta mereka untuk berdiri teguh dengan mempertahankan Sharma yang bercakap benar tentang Muhammad.

Menyebut dunia Islam mengutuk kenyataan Sharma sebagai munafik, dia menulis bahawa “negara-negara ini tidak mempunyai demokrasi, tiada peraturan undang-undang, tiada kebebasan”

Wilder, pada hari Ahad, menulis di Twitter bahawa dia bukan India atau Hindu tetapi menyokong Nupur Sharma kerana dia percaya, “Sekularisme tidak sepatutnya bermakna wajar untuk merendahkan tuhan-tuhan Hindu dan sebaliknya menjadi tidak wajar apabila bercakap yang benar mengenai Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.

Minggu lalu, dunia digemparkan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh bekas jurucakap BJP, Nupur Sharma.

Nupur Sharma mengeluarkan kenyataan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. sewaktu beliau mengulas mengenai isu Masjid Gyanvapi di Varanasi dalam satu rancangan debat berita.

Bagaimana perbalahan antara Muslim dan Hindu boleh tercetus di India ketika ini? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bagaimana Perbalahan Antara Muslim Dan Hindu Boleh Tercetus Di India Ketika Ini?

Sambutan Perayaan Agama Hindu Di India Diraikan Dengan Serangan Ke Kawasan Muslim

Anak Perempuan Bekas Presiden Indonesia Tukar Agama Dari Islam Ke Hindu