Drama terbaharu dalam keluarga Neelofa kini memasuki episod lain apabila berlaku pertikaian di antara ibunya, Datin Noor Kartini dan Sultan Johor.

Dalam hantaran yang dimuat naik, Kartini telah mempersoal kenyataan Sultan Johor mengenai sekatan perjalanan dan meminta untuk Yang di-Pertuan Agong membubarkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kalau prihatin, suruhlah Agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je lebih!” tulisnya.

Mesej tular terbabit turut mendapat perhatian Tunku Idris apabila tangkap layar kenyataan Kartini itu dimuat naik di media sosial milik Tunku Idris.

Tidak lama selepas itu, ibu dan juga usahawan itu tampil membuat kenyataan menjelaskan bahawa apa yang berlaku disebabkan kecuaian seorang pekerjanya yang mempunyai akses kepada media sosial Instagram miliknya.

Berikutan daripada itu, Kartini turut membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berhubung perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama penuh untuk sebarang siasatan kelak.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf atas kecuaian yang terjadi,” katanya lagi.

Siasatan Warganet

Biarpun drama terbaharu ini sudah memasuki siasatan polis, namun terdapat segelintir warganet yang mula menyiasat dakwaan Kartini yang menyalahkan kecuaian pekerjanya.

Sebahagian daripada netizen mendakwa bahawa tangkap layar mesej menerusi WhatsApp yang dikongsi oleh Kartini adalah palsu dan seolah-olah beliau sendiri yang menghantar mesej tersebut.

Melalui siasatan yang dibuat oleh warganet di laman Twitter, mesej WhatsApp tersebut seolah-oleh dibuat bagi menutup dakwaan salahnya sendiri.

Tambah warganet lagi, tangkap layar terbabit adalah mesej yang ditulis sendiri oleh Kartini dari segi lenggok bahasa, ejaan dan penggunaan dua titik dalam setiap ayat.

Sebahagian warganet pula menyatakan bahawa tidak logik jika isu besar yang melibatkan Sultan Johor dibincangkan menerusi WhatsApp dan bukannya panggilan telefon.

Pengurus Media Sosial Tampil Mohon Maaf

Terbaharu, seorang wanita dengan nama Zulshafiqah Binti Zulkafli tampil membuat permohonan maaf dan mengaku bahawa beliau adalah Pengurus Media Sosial Instagram Noor Kartini.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik, beliau meminta maaf kepada tiga pihak iaitu Yang di-Pertuan Agong, DYMM Tuanku Sultan Johor dan Noor Kartini sendiri.

https://www.instagram.com/p/CPgagBnlMoU/

“Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Saya merupakan Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini telah tersilap memuat naik tangkap layar.

“Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya,” katanya.

Hanya dituduh langgar SOP PKPB, Neelofa dan suami tidak didakwa rentas negeri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hanya Dituduh Langgar SOP PKPB, Neelofa Dan Suami Tidak Didakwa Rentas Negeri

Selepas Isu Nilai 3, Netizen Bincangkan Isu Neelofa Menaiki Kenderaan Melebihi 3 Orang

Kerap Langgar SOP, Lebih 57,000 Netizen Bersetuju Neelofa Dipenjara Tanpa Kompromi