Perintah Kawalan Pergerakan buat kali kedua telah diumumkan oleh kerajaan. Berkuat kuasa pada Rabu, 13 Januari, 12.01 pagi, 6 buah negeri yang menerima kesan buruk wabak COVID-19 telah diletakkan di bawah PKP, manakala 6 negeri lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Susulan daripada itu, negara juga berada di bawah perintah darurat sehingga bulan Ogos tahun ini setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara yang menjadi tumpuan pada hari pertama PKP yang dijalankan di 6 buah negeri termasuk Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah adalah premis yang menjual barang keperluan, terutamanya makanan.

Untuk rekod,  Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  berkata bahawa aktiviti jualan makanan di restoran, kedai, gerai, kenderaan saji (food truck) dan penjaja tepi jalan di negeri yang terbabit PKP, dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam, lapor Berita Harian.

Kebenaran untuk beroperasi pada waktu terbabit juga diberikan kepada kepada penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan di tepi jalan, kios, kedai runcit serta kedai serbaneka. Manakala hospital dan klinik dibenarkan beroperasi selama 24 jam.

Bagaimanapun, kebenaran beroperasi sehingga jam 8 malam bagi kedai makan dilihat sebagai satu yang membebankan buat netizen. Ini kerana kebanyakan daripada mereka adalah individu yang kerjanya habis pada waktu malam. Bagi mereka tidak sempat jika mahu membungkus makanan jika kerja habis jam 7.30 petang atau lewat malam.

Alasan mereka adalah, disebabkan kerajaan sudah tidak membenarkan lagi dine in atau makan di kedai, jadi apa salahnya jika waktu operasi restoran dipanjangkan kepada jam 10 malam atau jam 12 malam. Ini bagi memudahkan mereka yang kerjanya habis lewat malam, supaya tidak terkejar-kejar mahu membungkus makanan.

Berikut adalah sebahagian daripada keluh kesah netizen yang diambil di laman Twitter ;

https://twitter.com/dnsrdnl/status/1349327036867780612

https://twitter.com/_ainoah/status/1349386447606874113

https://twitter.com/mazaleaseles/status/1349308054718738432

Diharapkan, kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan cadangan ini. Dengan menukar waktu operasi restoran kepada jam 10 atau 12 malam. Ini akan dapat membantu mereka yang bekerja lewat malam dan juga tidak terkejar-kejar untuk membungkus makanan.

Untuk rekod, stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam, kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi 24 jam. Bagi pasar harian dan pasar tani, kerajaan membenarkan ia beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 2 petang.

Terdahulu, PM mengumumkan PKP selama 14 hari di 6 buah negeri bermula Rabu ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

PM Umum PKP Selama 14 Hari Di 6 Buah Negeri Bermula Rabu Ini

Kes COVID-19 Membimbangkan, Agong Perkenan Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021