Jalil Rasheed, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Permodalan Nasional Berhad dan memegang rekod sebagai CEO termuda yang pernah memegang tampuk pimpinan tertinggi PNB sebenarnya bukanlah graduan London School of Economics and Political Science (LSE)

Bulan lalu rakyat Malaysia dihidang dengan cerita peletakan jawatannya selaku CEO PNB selepas dilaporkan menerima beberapa ‘gangguan’ sepanjang memegang kerusi tertinggi PNB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun yang lebih heboh daripada itu adalah isu mengenai kelayakan akademiknya yang dikatakan meragukan, di mana dia mendedahkan sebelum ini bahawa dia lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Perakaunan dan Kewangan dari LSE di UK. 

Terbaharu, melalui satu laporan yang dipetik dari Astro Awani, pihak LSE mengesahkan bahawa Jalil yang memegang ijazah daripada University of London (UOL) bukan graduannya.

Melalui jawapan bertulis kepada soalan daripada Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan mengenai peletakan jawatan Jalil di PNB.

Penjelasan rasmi daripada pihak LSE mengesahkan bahawa seorang graduan yang memegang ijazah daripada UOL bukan merupakan seorang graduan daripada LSE.

Datuk A. Kadir Jasin bulan lalu pernah mendakwa bahawa kekeliruan ini timbul apabila ijazah Jalil diperoleh dari UOL tetapi dia didakwa memaklumkan sebagai LSE.

Tambahnya lagi, ada pihak yang menyatakan kesilapan itu adalah masalah semantik sahaja kerana LSE adalah salah satu daripada 17 kolej di bawah University of London.

Namun, melalui maklumat yang diterima oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), latar belakang akademik Jalil tidak konsisten dengan apa yang dikemukan oleh Jalil melalui PNB kepada badan tersebut.

Jalil sebelum ini berpangkalan di luar negara dan pelantikannya di PNB adalah antara inisiatif kerajaan terdahulu untuk memanfaatkan bakat Malaysia yang bekerja di luar negara dan ia juga seiring dengan inisiatif strategik PNB untuk mempelbagaikan aset di peringkat global.

Buat anda yang terlepas mengenai isu peletakan jawatan Jalil Rasheed, boleh klil pautan di bawah untuk membaca lebih lanjut.

Siapa Jalil Rasheed? Anak Muda Yang Hanya Sempat Menerajui PNB Selama 9 Bulan

Jalil Rasheed Letak Jawatan Sebagai CEO PNB

Sumber