Ekoran isu kesesakan lalu lintas luar biasa di sekitar Kuala Lumpur, ramai orang yang mengeluh dengan situasi tersebut kerana terpaksa terperangkap dalam kesesakan dan menjejaskan kualiti hidup mereka.

Oleh itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan melibatkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram.

Kesemua kenderaan berat ini dilarang memasuki jalan raya utama di bandar raya Kuala Lumpur bermula dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Difahamkan, penguatkuasaan larangan kenderaan berat ini telah lama sedia ada tetapi sejak fasa endemik, berlaku pertambahan kenderaan ini. Apabila pemantauan dilakukan, ternyata ramai pemandu kenderaan berat mengingkari larangan tersebut.

Antara yang diwartakan sekatan pada sebelah pagi dan petang untuk kenderaan barangan ialah semua jalan di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Jalan Kuching bermula dari Taman Wahyu di Jalan Ipoh hingga ke pusat bandar, Jalan Genting Klang bermula dari Kolej TAR hingga ke pusat bandar dan Jalan Cheras bermula dari Taman Midah hingga ke pusat bandar.

Jalan raya yang diwartakan sekatan hanya pada sebelah petang pula antaranya ialah Jalan Kepong, Jalan Ipoh bermula dari Bulatan Kepong hingga Jalan Batu Caves, Lebuhraya Karak, Jalan Gombak bermula dari Jalan Kampung Bandar Dalam hingga sempadan Kuala Lumpur, Jalan Genting Klang dan Jalan Cheras bermula dari Jalan Pudu hingga Jalan Tenteram.

Jika terdapat pemandu atau pengendali syarikat yang ingkar, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000.

Sementara itu, CEO KTMB pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu kesesakan lalu lintas yang berkait dengan penggunaan pengangkutan awam. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Tidak Setuju Dengan Kenyataan CEO, Pengguna Kongsi Sebab Mengapa Mereka ‘Malas’ Naik KTM

‘Dah Macam Nak Balik Kampung’ – Netizen Kongsi Kesesakan Luar Biasa Sempena Pembelian Jualan Raya