Sebelum ini, dakwaan oleh Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang melabel lelaki ‘dayus’ kerana membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki meraih perhatian orang ramai dan juga pegawai perubatan.

Susulan itu, Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan berkaitan isu dakwaan terbabit di sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. Menurutnya, isteri bersalin dengan doktor lelaki tidak haram sekiranya tiada doktor perempuan kerana saat itu melibatkan dua nyawa penting iaitu ibu dan anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@ustazazharidrus

SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai

♬ Calm Humming – Nasheed

“Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000. Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan.” kata Ustaz Azhar Idrus

Tambahnya, hukum haram boleh berubah dalam perubatan sekiranya darurat. Bukan itu sahaja, dia juga berkata bahawa hanya golongan berkemampuan sahaja boleh membayar kos hospital swasta yang mahal manakala bagi keluarga yang sekadar cukup makan, semestinya hospital kerajaan menjadi pilihan.