Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial apabila seorang TikToker yang terkenal, Liana Beep Beep yang memaklumkan bahawa akaun lamanya telah ‘digodam’ sehingga dirinya perlu membuka akaun baharu tetapi pihak syarikat menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa Liana telah melanggar kontrak.

Terbaharu, dalam satu kenyataan di TikTok, pengarah syarikat media tersebut tidak mahu peminat menyerang Liana secara peribadi kerana ia dilihat tidak perlu dan pihak syarikat hanya mahukan kebenaran serta jawapan dari pihak Liana.

Baca Juga:

@ellysa1049

♬ 原聲 – Uniq scene media – Ellysa

Tambahnya, pihaknya memuat naik video terbabit untuk menjelaskan bahawa memang terdapat kontrak antara syarikat dengan Liana dan Liana telah melanggar beberapa perjanjian kontrak melibatkan segala rakaman, pengurusan akaun dan pembayaran ditanggung sepenuhnya oleh mereka.

Hanya mahukan keadilan, pihak syarikat tidak mahu usaha mereka selama ini hancur begitu sahaja apabila Liana mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa akaun lamanya digodam tetapi sebenarnya telah diambil alih oleh pihak syarikat.

Malah, perbelanjaan yang tular sebelum ini tidak termasuk pengangkutan yang digunakan iaitu R8 Audi dan Alphard untuk tujuan rakaman serta banyak lagi. Hanya selepas akaun tersebut berjaya, pihak syarikat dapat keuntungan dimana sebelum ini mengalami kerugian.

Pihak syarikat juga menantikan makluman balas dari pihak Liana yang dikhabarkan akan memberi kenyataan minggu ini. Sekali lagi, pihak syarikat menasihati peminat agar tidak menyerang Liana secara peribadi agar tidak menganggu emosinya.