Heboh di Malaysia sejak 10 Mac lalu apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Selain kalimah Allah, Hakim Nor Bee yang bertanggungjawab mendengar kes itu turut membuat keputusan membenarkan tiga lagi perkataan yang dibenarkan dalam penerbitan bahan agama Kristian iaitu Kaabah, Baitullah dan solat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Isu ini bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Muslim dan Kristian di Malaysia, malah ia turut menjadi buah mulut masyarakat Indonesia. Ini dapat dilihat melalui perkongsian yang dibuat oleh dua media besar di Indonesia iaitu Tempo dan Kompas.

Dalam satu muat naik terbaharu Tempo dan Kompas mengenai isu kalimah Allah di Malaysia, kelihatan rakyat Indonesia turut sama-sama memberi komen dan pandangan mereka mengenai isu ini.

Sebahagian daripada mereka mempertahankan penggunaan kalimah Allah khas untuk orang muslim sahaja, manakala sebahagian pula memilih untuk berada di atas pagar. Bagi yang lain pula, mereka menyatakan bahawa ada isu yang lebih penting daripada ini yang perlu diberi perhatian.

“Semua yang menyangkut agama itu sensitif , bisa berakibat fatal jika salah mengartikan,” kata salah seorang netizen Indonesia di laporan berita yang dimuat naik oleh Kompas sebelum ditambah oleh seorang lagi netizen dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun isu ini tidak lari juga daripada dakwaan rakyat Indonesia bahawa Malaysia memang suka ‘claim’ sesuatu yang bukan haknya. “Namanya juga malaysia.. apa aja diklaim, termasuk Allah,” kata salah seorang netizen Indonesia berdasarkan isu-isu terdahulu seperti batik, silat dan beberapa budaya yang dikongsi kedua negara.

Bagi yang lain pula, mereka memandang bahawa isu yang lebih penting perlu diberi perhatian, seperti pandemik dan juga isu kemanusian. “Negara lain udah explore planet lain, disini sibuk terus tentang agama,” kata salah seorang netizen di laman Facebook.

Mungkin pandangan masyarakat Indonesia ini dilihat keras dan memperkecilkan tuntutan umat Muslim di Malaysia. Pandangan mereka hadir disebabkan faktor kebebasan beragama yang luas dan seperti tiada batas di Indonesia. Masyarakat yang berbilang kaum juga adalah antara faktor mengapa Indonesia seperti meremehkan isu ini.

Bagaimanapun, ini adalah pandangan yang diambil secara meluas dan bukanlah diambil daripada kumpulan cerdik pandai atau ulama Indonesia. Walaupun ianya bukanlah isu global, tetapi ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab Muslim untuk memastikan supaya kalimah Allah tidak digunakan sewenang-wenangnya.

Untuk rekod, kes ini bermula 13 tahun lalu apabila Jill Ireland memulakan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan CD (cakera padat) yang mempunyai kalimah Allah di bahagian tajuk telah dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008, lapor Harian Metro.

Jill yang berasal dari Sarawak memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula CD itu. Dia juga memohon perisyiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian.

‘Hacker’ dari Malaysia mengaku serang 300 VPN korporat Indonesia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Hacker’ Dari Malaysia Mengaku Serang 300 VPN Korporat Indonesia

Media AS Dakwa Wujud ‘Layanan Kejam’ Terhadap Wanita Di Ladang Sawit Malaysia Dan Indonesia

‘Remove Ajai As A Jury’, Netizen Bandingkan Cara Profesional Juri Di Indonesia Dengan Malaysia