Kementerian pertahanan dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah mengabaikan pandangan tentera laut mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS), kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Parlimen, Wong Kah Woh yang juga seorang ahli parlimen Ipoh Timur.

Difahamkan bahawa pada peringkat awal, kapal model Sigma yang dipilih oleh tentera laut dan telah diluluskan oleh kementerian pertahanan. Tetapi ia telah ditukar kepada reka bentuk Gowind pada 11 Julai 2011, selepas BNS mengesyorkannya kepada menteri pertahanan ketika itu tiga hari sebelum itu. Tindakan ini telah menyebabkan Tan Sri Abdul Aziz, Panglima TLDM pada ketika itu berkata ‘something was gravely wrong’ dengan keputusan itu.

Memetik laporan Free Malaysia Today, antara individu yang disebut oleh PAC yang bertanggungjawab di dalam projek ini adalah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, menteri pertahanan pada 2011. Menteri pertahanan terkini Hishammuddin Hussein, ketua setiausaha kementerian pertahanan Muez Abd Aziz, bekas ketua juruaudit Ambrin Buang, ketua tentera laut semasa Mohd Reza Sany dan Ketua Pegawai Eksekutif dan ketua pegawai operasi BNS.

Pada Ogos tahun ini, kerajaan sepatutnya menerima sekurang-kurangnya lima buah kapal seperti yang dijanjikan. Tetapi sehingga kini, tiada satu kapal pun yang diserahkan kepada kerajaan walaupun pihak Putrajaya sudah membayar RM6 bilion untuk projek yang diberikan kepada BNS secara rundingan terus.

Selain itu, kerajaan juga gagal untuk mengesan bahawa BNS adalah sebuah entiti yang bermasalah dan lemah dalam pengurusan kewangan – disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa – apabila 2018, direkodkan bahawa hutan BNS kepada pengeluar peralatan asal (OEM) berjumlah RM801 juta, manakala pinjamannya daripada institusi kewangan berjumlah RM956 juta.

Selain itu, syarat kontrak itu tidak menguntungkan kerajaan, kerana pembayaran projek LCS adalah berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan barang dan bukannya berdasarkan kemajuan sebenar. Ditambah pula dengan reka bentuk yang tidak muktamad oleh kerajaan dan BNS, ia membuka ruang untuk pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengurus dana awam memanipulasi projek ini.

Pengerusi PAC telah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan segera terhadap kes ini. Selain itu, beliau meminta laporan jawatankuasa tadbir urus, perolehan dan siasatan kewangan (JKSTUPKK) mengenai perolehan enam kapal itu dinyahklasifikasi sepenuhnya, lapor Berita Harian.

Tambahan daripada itu, kementerian pertahanan juga diminta untuk membentang laporan kemajuan kepada PAC mengenai projek LCS setiap tiga bulan sehingga siap, manakala perancangan perolehan substantif dibentangkan secara berkala kepada jawatankuasa pilihan khas.

Bukan patung, ‘unbox challenge’ versi TUDM ini yang paling hebat setakat ini. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bukan Patung, ‘Unbox Challenge’ Versi TUDM Ini Yang Paling Hebat Setakat Ini

Media Singapura Dakwa Dokumen TLDM Bocor Di ‘Dark Web’

Genting Malaysia Sah Beli ‘Equanimity’ Dengan Harga RM512 Juta