Baru-baru ini, syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia, Green Zebras, melakukan Kaji Selidik Persepsi Rakyat Malaysia Tentang Rokok dan Vape.

Hasil kaji selidik mendapati 51% rakyat Malaysia mengakui tahap percukaian di Malaysia sedikit tinggi, manakala 23% daripada responden mengatakan cukai pendapatan terlalu tinggi. 81% daripada mereka yang berumur dari 19 hingga 39 tahun pula merasakan tahap percukaian sedia ada adalah beban kewangan bagi mereka.

Sebanyak 91% responden kaji selidik bersetuju kos sara hidup di Malaysia sememangnya lebih tinggi berbanding 5 tahun dulu. Manakala, 93% perokok dan bukan perokok bersetuju perokok lebih cenderung untuk beralih kepada rokok seludup berikutan duti eksais yang tinggi.

Pendapatan beri impak signifikan

perintah-kawalan-pergerakan-malaysia

Pengarah Urusan Green Zebras, Steve Murphy mendedahkan hal ini sedikit sebanyak boleh memberi impak kepada isu rokok seludup di mana peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang beralih kepada rokok seludup dijangkakan meningkat berikutan pandemik COVID-19.

Murphy berkata, dalam keadaan apa pun, kemampuan akan terus menjadi punca utama kenapa rakyat Malaysia beralih kepada alternatif lebih murah ketika membeli barang dan servis keperluan mereka.

“Pendapatan rakyat Malaysia akan memberi impak signifikan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apabila pendapatan mula menyusut, permintaan untuk produk pasaran gelap yang lebih murah dijangkakan akan meningkat.

Hal ini juga tentunya berpotensi terjadi buat rokok, memandangkan produk itu dianggap mahal di Malaysia kerana duti eksais yang tinggi. Sementara, alternatif haram pula mudah didapati dan cuma memerlukan kos yang jauh lebih murah,” katanya.

Impak buat pelanggan dan pemilik perniagaan

IMG-20190716-WA0012-1024×683

Sementara itu, kolumnis berita dan bekas Ketua Pegawai Pelaburan & Ketua Penyelidikan, Pankaj Kumar berkongsi pendapat rokok seludup memberi impak bukan saja pada pelanggan tetapi buat pemilik perniagaan. Sebilangan besar pengeluar dan pemilik kedai yang menjual rokok haram kini terkesan akibat perdagangan rokok seludup di rantau ini.

“Sekiranya perdagangan rokok haram terus berleluasa, banyak perniagaan yang sah terpaksa menghentikan operasi mereka di Malaysia. Lalu, pengaruh buruk akan wujud akibat langkah radikal ini dan pengangguran bakal meningkat serta kerajaan kehilangan hasil cukai.

“Namun, dengan pelaksanaan PKP, lebih mudah untuk memeriksa kenderaan yang melalui rangkaian jalan raya utama dan pihak berkuasa juga dapat melakukan pemeriksaan perdagangan rokok terlarang sekaligus memutuskan rantaian bekalan,” katanya.

Cadang kerajaan cari punca

EKONOMI-MALAYSIA

Kriminologi dan pemeriksa penipuan bersijil, Datuk Sri Akhbar Satar pula berkongsi perdagangan haram mendorong aktiviti jenayah, rasuah, penyakit sosial dan kemungkinan aktiviti keganasan. Berbilion kerugian dalam perdagangan haram ini sebenarnya boleh disalurkan ke arah pengembangan kesejahteraan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi.

“Realiti ini sangat tidak menguntungkan sama sekali apabila kita kehilangan sebilangan skala daripada perdagangan rokok seludup. Berbilion yang hilang itu penting untuk keadaan ekonomi semasa, di mana COVID-19 telah menjejaskan jutaan manusia, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Bagi mengekang perdagangan rokok seludup, kerajaan perlu mencari punca utama melalui kolaborasi yang ditingkatkan di peringkat intra-regional, polisi dan penguatkuasaan yang lebih ketat. Kaji selidik ini telah memberikan jawapan iaitu kemampuan,” katanya.

Akhbar turut mencadangkan kerajaan untuk menutup jurang harga antara rokok bercukai dan rokok seludup serta membuang rasa dan niat penyeludup untuk meneruskan kegiataan haram ini menerusi pelbagai program rohani.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kaji Selidik Persepsi Rakyat Malaysia Tentang Rokok dan Vape yang dijalankan Green Zebras ini, klik SINI.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Sebelum ini, tular sebuah video menjual rokok seludup selepas pihak berkuasa membuat spot check beg penghantar makanan.

Tular Video Jual Rokok Seludup, Pihak Berkuasa Mula Buat ‘Spot Check’ Beg Penghantar Makanan

Kajian Menunjukkan Vape Merosakkan Paru-Paru, Tetapi Lebih ‘Selamat’ Daripada Rokok