Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seminggu dua ini pemilik-pemilik kenderaan ‘ekzos perang’ memang duduk tidak senang kerana di mana-mana saja pasti ada roadblock untuk pemeriksaan fokus pada pengunaan ekzos yang tidak menepati undang-undang jalan raya.

Terbaru, Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan berkata bukan hanya saja pengguna tetapi tindakan penguatkuasaan perlu dikenakan terhadap peniaga dan pengeluar ekzos yang dimodifikasi bagi memastikan isu bunyi bising dapat diselesaikan.

vocket-saman-ekzos-perang-4

Sumber Gambar: Shopee

vocket-saman-ekzos-perang-3-1

Sumber Gambar: Shopee

“Perlu adil dalam meletakkan kesalahan. Bila saman, pengguna yang kena. Ada yang mungkin akan disita kenderaan mereka.

“Dari satu sudut, barangan atau aksesori ini dijual secara terbuka, mengapa tidak dilarang penjualannya jika kita tidak mahu penggunaannya secara meluas.

“Saya kira, baik kereta atau motosikal atau apa jenis kenderaan bermotor sekalipun, sudah pasti akan ada penggemar modifikasi. Takkan kita nak salahkan pembeli yang berminat dengan pengubahsuaian pula,” katanya.

vocket-saman-ekzos-perang-5

Sumber Gambar: Harian Metro

Beliau berharap pihak berwajib memperhalusi perkara ini dan kajian mengenai puncanya perlu dijalankan bagi memastikan ia adil kepada kedua-dua pihak, peniaga dan juga pengguna.

Apa pandangan anda mengenai perkara ini, adakah wajar tindakan tegas dikenakan kepada kedua-dua pengeluar dan juga penjual ‘ekzos perang’?

Baru-baru ini sepuluh orang pemuda telah ditahan kerana menggunakan ‘ekzos perang’ dan mereka perlu menukar semula ekzos asal di balai polis.

Melaram Pakai ‘Ekzos Perang’, 10 Pemuda Kena Tukar Semula Ekzos Asal Di Balai Polis

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan

Anda Mungkin Suka