Baru-baru ini hangat diperkatakan netizen tentang salah faham antara Ebit Lew dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berhubung inisiatif penghantaran pulang pelajar ke kampung masing-masing dengan oleh penceramah bebas itu.

Ia susulan tindakannya itu dikatakan tidak mengikuti Standard Operasi Prosedur (SOP) dan juga tidak mendapat kelulusan daripada pihak universiti dalam menghantar peajar-pelajar yang dikatakan tersangkut di kampus selepas pendaftaran pelajar universiti ditangguhkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, selang beberapa hari selepas isu tersebut dibicarakan di media sosial, kedua-dua pihak pada lewat malam semalam menjelaskan perkara tersebut antara mereka telah pun selesai.

Menerusi satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook UPSI, mereka mengeluarkan satu kenyataan bertulis ‘Isu Selesai’ dan telah menjalankan penghantaran pulang pelajar dengan kerjasama Ebit Lew pada semalam.

“Alhamdulillah, penghantaran pulang pelajar UPSI dengan kerjasama dari Ustaz Ebit Lew berjaya dengan jayanya pada malam ini.

“Pada malam ini, sebanyak dua buah bas telah digunakan bagi penghantaran pulang pelajar ke negeri Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu),” maklum kenyataan tersebut.

Sama seperti penghantaran pulang pelajar yang dijalankan UPSI pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas, penghantaran pulang kali ini juga menurut mereka melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama.

Antara langkah yang diambil adalah melakukan sanitasi bas dan sanitasi beg pelajar (yang dijalankan oleh pihak bomba) dan saringan kesihatan serta pengambilan rekod suhu badan oleh Pusat Kesihatan.

Perkembangan terbaru itu juga turut dikongsikan sendiri Ebit melalui satu hantaran di akaun Facebooknya malam semalam selepas beliau pulang daripada tugasan di Kuantan, Pahang.

“Malam ni saya bersama Dato VC Upsi menghantar lagi 2 bas pelajar pulang dari UPSI ke Kelantan dan Terengganu.

“Saya beri sedikit duit poket buat pelajar. Esok pagi insyaAllah saya sediakan lagi 5 bas free dan mengikut keperluan pelajar. Saya sedia je insyaAllah mana-mana universiti lain yang memerlukan,” jelas beliau.

Baca kembali permohonan maaf yang dibuat Ebit Lew sebelum ini berhubung inisiatif penghantaran pulang pelajar universiti yang dianjurkan beliau di pautan di bawah. 

Ebit Lew Diminta Mohon Maaf Selepas Hantar Pulang Pelajar Universiti ‘Tersangkut’

Baru Beroperasi 2 Bulan, Ebit Lew Kecewa Dan Sedih Pasar Raya Miliknya Dipecah Masuk

Tular Video Jagung Dirampas Penguatkuasa Di Selayang, Penjual Terharu Terima Bantuan Ebit Lew

 

Sumber