Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan skandal 1MDB dimasukkan ke dalam silibus sejarah Malaysia yang baharu untuk dijadikan pengajaran supaya perkara tersebut tidak akan diulangi lagi oleh generasi akan datang.

Menteri (PH- Simpang Renggam) Dr Maszlee berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Datuk Ahmad Maslan (Pontian) berkaitan silibus dalam sejarah Malaysia dan mencadangkan agar senarai kes-kes besar khazanah negara juga akan dimasukkan di dalamĀ  silibus sejarah Malaysia kerana ia juga salah satu kesilapan dalam sejarah dan harus dipelajari serta dijadikan pengajaran untuk generasi yang akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Begitu juga dengan-jenayah besar yang dilakukan oleh ahli politik akan turut dimasukkan di dalam silibus kerana perkara sebegitu penting untuk diketahui oleh generasi akan datang dan boleh menjadi pengetahuan yang luas berkaitan sejarah kerajaan yang lalu serta boleh dijadikan sesuatu pengajaran terhadap kesilapan pemimpin terdahulu.

Beliau turut menyeru pihak media untuk membantu mengenegahkan pakar-pakar sejarah untuk mendapat liputan sewajarnya dalam memastikan ilmu pengetahuan mereka dapat digunapakai dalam proses menambahbaik silibus sejarah.

KPM akan menubuhkan jawatankuasa penambahbaikan kurikulum dan buku teks sejarah serta bakal mengadakan beberapa siri wacana dengan pakar sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan lebih produktif.

Sumber