Terkucil atau melakukan kesilapan berkait vokal ketika membuat persembahan secara langsung bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan penyanyi menurut netizen.

Malah penyanyi nombor satu negara Dato Siti Nurhaliza atau Tok Ti juga jelas mereka pernah mengalami situasi lebih kurang hampir sama dengan apa yang dilalui Nabila Razali baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/af_ernie/status/1266838343888719872?s=20

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Dato Siti dalam satu sesi live di Instagramnya baru-baru ini menceritakan kembali kejadian yang berlaku sebelum itu yang mengakibatkan kesilapannya terkucil di malam persembahan Anugerah Bintang Popular itu.

“Dia bukan ‘terkiok’ apa tapi pitching dia tertinggi daripada yang sebenar,” jelasnya.

Menurut Tok Ti, sebelum persembahan yang dilakukannya pada malam itu, dia juga melalui pembedahan kecil sehari sebelum itu dan turut menyertai aktiviti berbasikal pada sebelah pagi sebelum persembahan.

Walaupun pembedahan yang berkaitan IVF itu adalah kecil namun jelasnya ia masih meninggalkan luka di perutnya ketika itu.

“Dalam satu jam lepas tu saya boleh keluar, boleh buat aktiviti tapi tidak terlalu berat untuk hari pertama.

“Jadi esoknya saya pagi-pagi pergi mengayuh basikal, ada satu tournament dan saya kayuh basikal dan saya dalam keadaan macam perut pun tak baik lagi saya kayuh basikal sampai 20 kilometer.

“Dah selesai kayuh basikal dah petang, saya balik ke KL pada hari yang sama juga.

“Selesai kayuhan tu saya terus pergi ke putrajaya untuk sound check, tapi masa tu saya dah ‘ish saya boleh ke tak boleh’.

“So selepas sound check dan malam tu juga saya buat persembahan dan itulah yang terjadi,” jelas beliau mengenai persembahannya malam tersebut.

Nabila sebelum ini dilaporkan ‘terkucil’ ketika membuat persembahan secara langsung di program MeleTop Mega Raya Ria baru-baru ini ketika menyanyikan lagu terbaru beliau Peluang Kedua.

Menyedari insiden itu menjadi perhatian ramai, Nabila kemudiannya tampil membuat permohonan maaf dan menegaskan tidak mahu menyalahkan pihak lain tetapi dirinya sendiri dalam kejadian tersebut.

https://twitter.com/FLjasmy/status/1266364986202263555?s=20

Sebahagian netizen berpendapat insiden terkucil itu bukanlah sesuatu yang asing dan tidak perlu digembar-gemburkan malah penyanyi terkenal seperti Tok Ti juga pernah melakukan kesilapan ketika membuat persembahan secara langsung.

Malah, video yang memaparkan persembahan beliau yang dikatakan terkucil ketika persembahan Anugerah Bintang Popular 30 kembali dikongsikan netizen bagi membuktikan perkara tersebut.

Baca perkongsian kami mengenai cabaran Wipe It Challenge oleh Tok Ti sebelum ini yang masih mendapat pujian netizen walaupun suntingannya dikatakan berterabur. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Suntingan Video ‘Wipe It Challenge’ Tok Ti Berterabur, Netizen Tampil Salahkan Cermin

Tidak Sampai 24 Jam Dilancarkan, Dato’ Siti Nurhaliza Kecewa Karya Barunya Tertiris Di YouTube