Beberapa hari ini, rakyat Malaysia menzahirkan rasa tidak puas hati apabila ibu Neelofa, Datin Noor Kartini mahu ‘trademark’ Harimau Menangis. Menerima pelbagai kecaman, Datin Noor Kartini telah menarik balik permohonan tersebut semalam.

Akan tetapi, isu permohonan tersebut telah tular ke Thailand. Terbaharu, pengguna Twitter @Cake_journey yang merupakan warga Thailand telah berkongsi akan isu permohonan ‘trademark’ Harimau Menangis tersebut.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna tersebut telah menulis isu pendaftaran nama makanan yang berasal dari Thailand. Hal tersebut mendapat perhatian netizen Thailand yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan Datin Noor Kartini.

Lantaran itu, rata-rata netizen Malaysia telah meminta maaf kepada rakyat Thailand akan isu tersebut dan menjelaskan rakyat Malaysia turut tidak setuju dengan tindakan Datin Noor Kartini itu.

https://twitter.com/Dvaravati_/status/1349710215529209856

https://twitter.com/iamkajornism/status/1349699484976992260

Oleh itu, netizen Thailand faham akan situasi yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada netizen Malaysia yang membangkang tindakan mahu ‘claim’ makanan tersebut. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Bagi anda yang terlepas akan isu ini, klik pada pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pemilik Restoran Terkenal Dakwa Ibu Neelofa Guna Resipi Daging Harimau Menangis Mereka

‘Tiada Siapa Boleh Guna Selepas Ini’- Netizen Kecam Ibu Neelofa Cuba Trademark Nama Harimau Menangis