Sudah baca tajuk? Itulah realiti hari ini apabila CEO sendiri menyatakan tanggungjawab dia adalah memberikan keuntungan kepada para pemegang saham tanpa menyatakan apa-apa berkaitan pengguna mereka yang rata-rata bergantung kepada ubat-ubatan untuk meneruskan hidup.

ceo 1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

CEO Valeant Pharmaceutical International:

Jika produk seperti salah diletakkan harga dan ada peluang disitu, kami akan bertindak dengan sewajarnya dengan menganggap para pemegang saham mahu kami lakukan apa yang sepatutnya.

Pada 2015, sebanyak 56 ubat telah dinaikkan harga sebanyak 66% secara puratanya. Malah, ubat keluaran syarikat Zegerid yang baru diambil alih oleh Valeant telah dinaikkan harganya sebanyak 550%.

CEO Valeant, J. Michael Pearson mempertahankan bisnes model syarikat mereka di mana wang digunakan untuk membeli syarikat-syarikat ubat lain berbanding melabur di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

CEO Valeant Pharmaceutical International:

“Tanggungjawab utama saya adalah kepada pemegang saham Valeant. Kami boleh melakukan apa-apa yang kami mahu lakukan. Kami akan terus membuat pembelian (syarikat-syarikat), kita akan terus bergerak ke hadapan.”

ubat

Sejak Pearson menjadi CEO Valeant pada 2008, syarikat ini telah menguasai lebih daripada 100 ubat-ubatan dan harga saham mereka meningkat lebih daripada 1,000%. Pastinya ia menggembirakan pemegang saham tetapi tidak bagi pengguna mereka.

Bagi memastikan hak pengguna terpelihara, pihak pejabat peguam Amerika di Manhattan dan Massachusetts telah mengeluarkan 2 sepina kepada Valeant berkaitan peningkatan harga, pengedaran dan amalan sokongan kepada pesakit.

Program bantuan pesakit akan membantu pesakit yang tidak mampu membeli ubat dengan membenarkan syarikat insurans membayar harga ubat tersebut.

Ini respon CEO Valeant apabila ditanyakan tentang sepina tersebut:

“Kita semua di Valeant percaya dalam mengekalkan kawalan kawal selia dan kewangan yang kukuh dan percaya bahawa kami telah menjalankan perniagaan kami dengan cara yang mematuhi sepenuhnya.”…”komited untuk membantu pesakit yang layak yang memerlukan produk kami.”

Tindakan Valeant menaikkan harga adalah satu tindakan yang tidak patut dilakukan. Contohnya, 2 ubat yang dijual Valeant Pharmaceuticals International untuk merawat kanser berkaitan kondisi kulit telah meningkat sebanyak 1,700% sejak 6 tahun lalu, menurut laporan CNBC pada 25 November 2015.

ubat 1

Laporan CNBC itu memetik daripada journal terbitan JAMA Dermatology. Harga ubat Targretin (untuk merawat sel T limpoma) itu meningkat selepas Valeant berjaya membeli ubat tersebut pada awal 2013. Harga dari US$1,687 pada 2009 telah meningkat menjadi US$30,320 pada 2015.

Dr. Steven P. Rosenberg, dermatologist di West Palm Beach, Florida menyatakan pesakit mungkin perlu 2 tiub sebulan untuk beberapa bulan. Walau bagaimanapun, 4 dari 5 ubat Valeant yang dinyatakan di dalam journal tersebut mempunyai ubat alternatif (generic). Ini bermakna doktor dan pesakit tidak dipaksa untuk menggunakan jenama produk tersebut.

Itulah antara perkara yang berlaku pada Oktober dan November 2015 berkaitan Valeant. Baru-baru ini, CEO Valeant telah mengambil cuti sakit selepas didiagnos pneumonia yang teruk. Ketiadaan Pearson itu telah menimbulkan kekhuatiran di kalangan pemegang saham.

Saham Valeant telah jatuh selepas syarikat mengumumkan keadaan Pengerusi dan CEO Valeant Pharmaceuticals International, J. Michael Pearson dan melantik 3 pegawai syarikat untuk menanggung tugas Pearson. Ketidaktahuan bilakah Pearson akan kembali ke syarikat telah memburukkan lagi keadaan.

Tambahan pula, pengumuman Valeant tentang perjanjian pengedaran dengan Walgreen Co., kedai rangkaian farmasi terbesar untuk sesetengah produk bagi menjual ubat dengan lebih murah telah menyebabkan saham Valeant jatuh. Ia adalah respon Valeant selepas menerima kritikan hebat berkaitan kenaikan harga ubat.

P/S: Pada pendapat anda, berapakah harga ubat jika TPPA lulus di Malaysia?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram