Tular baru-baru ini apabila seorang wanita di Twitter mengaku bahawa dia telah berjumpa dengan Imam Mahdi. Katanya, Imam Mahdi itu sebenarnya adalah sebahagian daripada keluarga beliau.

Ciapan yang dimuat naik semalam itu tular di media sosial sehingga wanita terbabit menjadi mangsa kecaman oleh para netizen.

Terbaharu, Ihsan Syakirin, ahli keluarga kepada wanita terbabit tampil memberi penjelasan. Dia tampil memohon maaf kepada semua orang dan menyatakan bahawa adiknya ini berada dalam satu kondisi yang tidak sihat dan menghidap Schizophrenia.

“Assalamualaikum warga Twitter. Selamat petang, maaf mengganggu. Saya selaku abang kepada hamba Allah, Irfah Husniah ingin memohon maaf atas kenyataan adik saya yang mengundang kekeliruan dan salah faham banyak pihak. Dengan merendah diri saya ingin maklumkan Adik saya ini tidak sihat,” katanya.

Dia menambah bahawa adiknya ini sebenarnya tidak sihat sejak daripada zaman sekolah lagi. Manakala pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak keluarga termasuk menghantarnya untuk berubat.

Ihsan turut meminta kepada semua netizen untuk berhenti mengecam adiknya kerana adiknya memerlukan sokongan moral dalam waktu yang sukar ini.

“Saya memohon warga twitter sekalian berhenti layan beliau dan abaikan segala yang diperkatakan beliau. Maaf saya katakan beliau kurang waras. Saya sedih melihat adik saya diperkatakan begini tanpa usul periksa.

“Kami sekeluarga kerap bawa beliau pergi berubat. Beliau mengalami Schizophrenia sejak sekolah menengah lagi dan hijab beliau memang terbuka. Beliau sering mendengar bisikan-bisikan dan sering histeria semasa zaman sekolah menengah,” katanya menjelaskan isu terbabit.

Terdahulu, seorang wanita dengan nama @nuryrfxh tampil membuat kenyataan yang mengejutkan apabila beliau mengaku bahawa Imam Mahdi itu berada di dalam kalangan keluarganya dan identitinya yang sebenar telah dirahsiakan.

Ciapan itu mendapat reaksi negatif daripada netizen dengan kebanyakan daripada mereka mengecam kenyataan wanita terbabit. Namun setelah mengetahui perkara sebenar, kebanyakan netizen simpati dengan nasib wanita terbabit dan keluarganya.

Lelaki dari India cerita pengalaman terima ‘wahyu’ untuk sembah Donald Trump. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Dari India Cerita Pengalaman Terima ‘Wahyu’ Untuk Sembah Donald Trump

Hampir Gila Kerana Dadah, Ini Yang Telah Berlaku Kepada Adik Saya

Netizen Dakwa Siri Baharu Netflix Ini Mahu Beri Imej Buruk Kepada Imam Mahdi