Baru-baru ini tular di media sosial mengenai berita mengejutkan dengan kehadiran tanda atau isyarat SOS (isyarat mohon bantuan) yang terletak di Pulau Laki berhampiran dengan lokasi jatuhnya pesawat Sriwijaya Air Boeing SJ-182.

Terkini menurut laporan Kumparan, Pengarah Operasi SAR Nasional (Basarnas), Brigjen Rasman MS mengesahkan bahawa isyarat SOS di Pulau Laki tersebut tidak ada kena-mengena dengan permohonan bantuan oleh sesiapa yang melibatkan kemalangan jatuhnya pesawat Sriwijaya Air SJ-182.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khabarnya, pihak Basarnas juga melaporkan tidak menemukan apa-apa sebaik operasi mencari dilakukan di daerah berkenaan.

“Tidak ada apa-apa di situ dan saya sudah mengesahkan kepada semua anggota bahawa tiada seorang pun penumpang pesawat yang terkandas di situ” tegas Rasman ketika dihubungi wartawan Kumparan.

Rasman juga menambah bahawa isyarat SOS tersebut berkemungkinan muncul disebabkan para nelayan tempatan yang berlindung seketika di pulau tersebut akibat cuaca kurang baik di lautan. Sebelum perkara buruk terjadi, nelayan akan membuka isyarat SOS melalui telefon pintar mereka untuk memberikan info keberadaan mereka.

“Biasanya nelayan akan berlindung di pulau ini jika cuaca kurang baik untuk mereka ke laut. Perahunya akan dinaikkan dan berkemungkinan secara tidak sengaja bermain telefon, isyarat SOS ini terpancar di Google Maps,” ujar Rasman.

Segala persoalan netizen mengenai tularnya isyarat SOS di Pulau Laki ini sudah terjawab dan terbukti tiada penumpang pesawat yang terkandas dan meminta pertolongan di pulau tersebut.

Baca lagi perkongsian kami mengenai tular isyarat SOS di Pulau Laki menerusi klik pada pautan di bawah.

Tular Isyarat SOS Google Maps Di Pulau Laki Berhampiran Lokasi Nahas Pesawat Sriwijaya Air

Tipu Isteri Ke Pontianak Naik Pesawat Sriwajaya Air, Lelaki Ini Rupanya Ke Bali Dengan ‘Skandal’

Gurauan Terakhir Kawan, Netizen Indonesia Kongsi Mesej Dengan Mangsa Tragedi Sriwijaya Air

Sumber