Filem seram paling ditunggu-tunggu tahun ini, ‘It’ kini akan mula ditayangkan bermula Khamis ini. Filem adaptasi novel Stephen King ini di tahun 1990 memang sangat berkesan. Saya yakin, generasi yang membesar pada tahun 90an pasti benci dengan badut kerana filem ini.

Rancangan untuk menghasilkan kembali ‘It’ sudah ada sejak tahun 2009 lagi. Cuma pada tahun 2015, Andrés Muschietti telah dipilih oleh New Line Cinema Untuk menjadi direktor karya ‘It’ yang terbaru. Andres atau Andy sebelum ini menempa namanya dalam industri filem seram menerusi filem Mama, yang mendapat respon positif dari peminat genre ini.

it original
Pennywise The Clown bersama The Losers’ Club (It,1990)

Semuanya bermula apabila Georgie hilang tanpa khabar. Abang beliau, Bill merasakan Georgie masih hidup dan menerusi bantuan rakan-rakannya, ingin mencari kembali adiknya yang hilang itu. Tanpa mereka sedari, mereka bakal merungkai misteri kehilangan kanak-kanak yang berlaku setiap 27 tahun di bandar Derry. Adakah Bill dapat bertemu kembali dengan adiknya, Georgie?

Tahun 2017, Pennywise the Dancing Clown diberi nafas serta rupa serba baru. Sudah jadi lumrah hidup yang baru mesti akan dibandingkan dengan yang lama. Jadi adakah ‘It’ yang terbaru ini setanding atau gagal menandingi filem mini-siri It yang asal?

1. Character development

It1

The Losers’ Club adalah sekumpulan kanak-kanak berusia 11 tahun yang tinggal di bandar Derry,Maine. Banyak watak utama dalam filem It ini sebenarnya. Geng The Losers Club sahaja sudah ada 7 orang dan Andy Muschietti perlu memberikan ‘jiwa’ untuk setiap watak.

Ianya satu tugasan yang sukar buat Andy untuk memperkenalkan watak satu persatu tanpa membuat penonton bosan. Tetapi Andy berjaya melakukannya. Pengenalan untuk setiap ahli Losers’ Club dan watak-watak tambahan yang lain lancar dan tidak mengelirukan.

Bagi saya, watak paling berkesan dan saya minati dalam filem ini adalah Beverly Marsh. Beliau adalah satu-satunya budak perempuan dalam The Losers Club dan pelakon Sophia Lillis terbukti mempunyai aura beliau yang tersendiri. Kedua, saya suka watak Richie Tozier yang menyuntik elemen lucu di kala ketakutan. Kalau tak ada Richie, pasti plain sahaja filem ini.

2. Tidak lari jauh daripada filem asal

https://www.youtube.com/watch?v=ma6fWnvr_M0

Saya sendiri ingat-ingat lupa filem mini-siri It tahun 90an dan cuma ingat wajah Pennywise sahaja. Berkesan betul watak Pennywise ini. Tetapi selepas menonton filem It yang terbaru ini, saya kembali melihat filem mini-siri It yang asal. Boleh kata babak dan penceritaannya tak lari jauh daripada yang asal.

Peminat ada juga membuat perbandingan sesetengah babak dalam trailer It dengan It yang asal. Andy mengekalkan beberapa babak sebagai tribute kepada filem yang asal. Dialog ketika Pennywise bercakap dengan Georgie di dalam longkang pun sama.

3. Pennywise The Clown

It3

Jika ditanya kepada peminat siri ini, pasti mereka akan memilih badut Pennywise versi Tim Curry kerana tak perlu try hard pun ianya sudah menakutkan. Pada pendapat saya, Pennywise versi baharu dan lama mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri. Pennywise versi 2017 memakai kostum yang lebih menarik kerana mengambil inspirasi pakaian zaman Victorian.

Pennywise versi baharu bagi saya lebih psiko dan energetik dalam menakutkan kanak-kanak ini. Bill Skarsgård berjaya membawa watak Pennywise ini dengan gaya dan cara beliau. Malah, watak dan asal usul Pennywise juga diceritakan dengan lebih jelas dan baik dalam It versi 2017 ini.

4. Lakonan mantap

it4

Jika perlu dibandingkan lakonan kanak-kanak dalam It yang terbaru ini, memang menang banyak dekat team The Losers’ Club yang terbaru ini. Setiap daripada mereka menjiwai watak dengan sangat baik. Bukan itu sahaja, setiap watak mempunyai masalah dan ketakutan mereka yang tersendiri. Dan dari situ Pennywise mengacau mereka ini satu-persatu; melalui ketakutan mereka.

Seperti yang saya sudah sebut di atas, pelakon Sophia Lillis yang membawa watak Beverly Marsh mempunyai bakat dan mungkin peluang yang besar untuk pergi lebih jauh dalam dunia perfileman Hollywood. Kalau dia boleh buat The Losers’ Club jatuh hati kepadanya, saya pasti dia boleh buat ramai budak lelaki lain yang menonton filem ini jatuh hati kepadanya.

Baca: Abang Rakam Adik Seperti Badut Filem ‘It’ Dan Hasilnya Sangat Menarik

Selepas membuat perbandingan, filem ‘It’ terbaru ini lebih jauh hebat berbanding yang asal; Dari segi seni cinematography, penceritaan, efek bunyi dan lakonan digarap rapi dan ditambah baik oleh Andy menjadikan ‘It’ terbaru lebih baik daripada yang asal. Saya beri rating 8/10 untuk filem It ini. Jangan lupa ajak rakan anda tengok sekali. Kalau berani bolehlah pergi tengok seorang diri.

P/S: Tahukah anda, sama seperti mini-siri ‘It’ sebelum ini, akan ada Part Two untuk filem It ini. Saya pun dah tak sabar untuk It: Part Two ini. Dan sebelum bersurai ingat, You’ll float too!