Sebut mengenai Itali pasti ramai yang akan ingat dengan kejuaraan Euro 2020 yang baru sahaja dimenangi negara tersebut. Kemenangan yang dinantikan selama 53 tahun itu telah melakar sejarah buat negara tersebut.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila sebuah perkampungan di Calabria, Itali sedia menawarkan sebanyak $33,000 (RM138,000) buat sesiapa sahaja yang sudi menetap di kampung berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan penawaran tersebut dibuat berikutan kekurangan penduduk yang sudi menetap di kampung berkenaan sejak beberapa tahun lalu. Sebagai rekod, hanya terdapat sekitar 2,000 penduduk yang berada di kampung tersebut ketika ini.

Syarat menetap di perkampungan Calabria

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_210709130004-calabria-paid-to-move-civita-c-comune-civita
Sumber: CNN

Menerusi inisiatif yang dijalankan, pihak mereka telah meletakkan beberapa syarat sebelum menawarkan jumlah wang yang lumayan buat penduduk yang sudi menetap di kampung berkenaan.

Syarat utama yang ditetapkan kepada orang ramai adalah individu yang sudi menetap di kampung berkenaan mestilah berusia tidak melebihi 40 tahun. Individu tersebut juga perlu membukan perniagaan kecil sama membuka perniagaan baharu atau mengambil alih perniagaan sedia ada.

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_210709131544-calabria-paid-to-move-aieta-loggia-c-borghi-piu-belli-ditalia
Sumber: CNN

Mereka yang berjaya diterima untuk menetap di Calabria berada di kampung berkenaan 90 hari selepas menerima tawaran berkenaan. Menariknya, orang ramai berpeluang memilih untuk berada di kawasan berhampiran laut dan gunung atau kedua-duanya sekali.

Menawarkan bayaran secara bulanan atau one-off

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_210709131606-calabria-paid-to-move-caccuri-c-borghi-pi-belli-ditalia
Sumber: CNN

Mereka yang memilih untuk berada di kampung berkenaan dimaklumkan berpeluang memilih untuk menerima wang bulanan antara €800 hingga €1,000 iaitu sekitar RM3,800 hingga RM4,900 bagi tempoh dua hingga tiga tahun.

Selain itu, penawaran wang secara one-off turut ditawarkan khusus buat mereka yang mahu membangunkan kawasan tersebut dengan membukan restoran, ladang atau kedai.

Menurut kaunselor negeri, Gianluca Gallo kepada CNN, tawaran dibuat sebagai usaha untuk menarik minat orang ramai untuk menetap di kawasan tersebut sekaligus menaikkan lagi nama kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, penawaran internet berkelajuan tinggi antara yang tidak ditawarkan di kawasan ini.

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_210709132144-calabria-paid-to-move-precacore-c-carmine-verduci-2
Sumber: CNN

Tawaran yang dibuat pastinya menambat hati mereka yang mahu mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup sambil memperoleh wang di tempat yang indah ini.

Ketahui juga realiti sebenar rumah di Pulau Sicily, Itali yang dijual pada harga serendah RM4.30 sahaja.

Ini Realiti Sebenar Rumah Di Pulau Sicily, Itali Yang Dijual Pada Harga RM4.30

Mafia Ambil Kesempatan, Tawar Makanan Dan Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Rakyat Itali

Sumber