Boat transfer dari Mersing ke Pulau Besar
Makan tengahari, minum petang, malam, dan sarapan pagi
Penginapan ala-ala rumah kampung untuk 1 malam
Snorkeling di 2 spot
Untuk tempahan : 013-348 5171 (Kak Khadijah)

maxresdefault
HYPE
Apa Yang Best Sangat Dengan Cabaran Red Bull Sehingga Menjadi Ikutan Netizen
Baca lagi →

PAKEJ 2H1M : RM250

Memandu dari KLIA2 ke Mersing (lebih kurang 4 jam) dan jika anda dari Lapangan Terbang Senai (lebih kurang 2.30 jam) untuk sampai ke Jetty Mersing. Kami gerak malam dan sampai esok pagi di Mersing.

Untuk pengetahuan anda semua, Mersing ni banyak pulau-pulau yang cantik dan jernih airnya. Yang paling best orang akan pergi ke Pulau Rawa la, tapi agak mahal untuk ke sana kerana dah jadi pulau persendirian.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-2

View depan tempat menginap

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-3

Jalan 5 minit dari depan tempat menginap jumpa view macam ni.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-4

Restoran kecil yang menyediakan makan minum.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-5

Jalan 5 minit dari depan tempat menginap jumpa view macam ni.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-6

Inilah hotel 5 star kami. Sebelah kiri untuk tetamu sebelah kanan untuk staf.

Kami ke Pulau Besar yang mana dulu ada kampung di sini tetapi sekarang penduduknya dah tak tinggal di sini dan berpindah ke Mersing.

Di Pulau Besar ini ada 3 chalet ala-ala resort macam tu dan kami punya berada di paling hujung sekali di mana ia adalah rumah orang yang di ubahsuai menjadi tempat penginapan kami.

Ada 4 bilik saja. Bila orang tanya apa nama resort yang kami menginap jawapnya : rumah kampung yang tiada nama. Haha.

Bot khas dah tunggu kami jadi tak payah nak beratur cari bot di kaunter tiket. Dari Jetty Mersing ke Pulau Besar ambil masa 30 minit.

Masa dah sampai sana hanya kami berempat saja tetamu kat rumah tu. Rasa dah macam pulau persendirian kot hahaha.

Depan rumah ada buaian, court bola tampar dan terus lautan dengan air yang jernih.

Jika nak ke Pulau Rawa yang ada sliding tu boleh uruskan dengan abang bot di mana harganya sekitar (RM150 untuk 1 bot), pergi balik dari Pulau Besar.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-24

Coq pishang with nescafe panas sambil layan view!

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-23

Di tepian jeti kayu kami.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-7

Layan angin dibawah pokok memang layan, nak pulak dapat laksa!

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-8

Jalan 5 minit dari depan tempat menginap jumpa view macam ni.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-9

Jalan 5 minit dari depan tempat menginap jumpa view macam ni.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-10

Jeti kami jeti kayu, depan sikit ada titi gomen yang mana digunakan untuk 2-3 resort lain di pulau besar ni.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-11

Pengangkutan rasmi.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-12

Snorkeling sudah.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-13

Snorkeling sudah.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-14

Snorkeling sudah.

Ringkasan aktiviti

Hari 1
Tiba di jetty mersing, terus naik boat ke Pulau Besar
Check in hahaha sangat kononnya
Makan tengahari & rehat
Terjun masuk ke laut dahulu yang best teduh sebab bawah pokok.
Petang sikit island hopping dan snorkeling di Pulau Tengah dan Pulau Hujung (bayaran tambahan RM20 untuk sewa goggle)
Balik lewat petang, order nescafe dengan goreng pisang (caj tambahan RM10)
Sambung main bola tampar pantai gitu
Makan malam dan layan angin malam.

Hari 2
Air surut jadi boleh jalan ke tengah laut tengok lumut dan karangan laut yang lama-lama
Sarapan dan pusing pulau tengok kampung lama yang ditinggalkan
Terjun laut sekali lagi
Jam 11 gerak balik ke Mersing
Tiba ke tanah besar dan pandu balik KL
Makan tengahari di Kluang RailCoffee (kat kawasan pekan). Try lontong goreng!
Minum petang di Kluang RailCoffe (kat stesen keretapi). Try cucur bilis, kopi dan roti kaya!
Jam 7 malam sampai KLIA dan kembali to Pulau Pinang.

Nota: Aktiviti lain yang boleh buat antaranya hiking di Pulau Besar, trip satu hari  ke Pulau Rawa dan hiking (pandai-pandai la hampa deal dengan abang bot tu. Muka garang tapi dalam hati ada taman).

Baca: Tip Percutian Ke Pulau Mabul, Sabah Secara Bajet. Awesome!

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-15

Dinner dulu.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-16

Pabila air laut surut, maka buat ‘morning walk’ katanya.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-17

Pabila air laut surut, maka buat ‘morning walk’ katanya.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-18

Pabila air surut.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-19

Hotel lama yang ditinggalkan.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-20

Surau tapi macam tak hidup.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-21

Hat ni depan resort apa tah, proper la sikit.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-22

Jeti gomen.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-25

Balik dari mersing singgah Kluang Railcoffee (town area). Makanan sedap dan kopi dia kaw!

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-26

Lontong goreng! Wajib cuba.

itinerari-ke-pulau-besar-mersing-27

Betis kedi hahaha. Di stesen keretapi Keluang. Belakang tu ada kedai kopi yang lama, boleh try kopi o dia. Kaw!

Baca lagi: Itinerari 3 Hari 2 Malam Ke Pulau Perhentian Kecil Di Terengganu Dengan Bajet RM200

Artikel di atas disumbangkan oleh Imran Idris. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group