Salam dan hi

Bajet trip ke Pantai Long, Pulau Perhentian Kecil. Bajet bawah Rm200 sahaja selama 3 hari 2 malam. Saya walk in, tak book apa-apa pun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari 1

1. Sampai jetty pukul 9am. Parking kereta RM7/hari.

2. Tapau makanan untuk lunch di pulau.

3. Cari tempat tinggal di Long Beach, Perhentian Kecil. Jumpa Awatif camping site. Rm30/hari untuk 1 khemah. Khemah disediakan. Boleh share 2 orang. Camping site ni sumpah best. Tepi pantai, angin kuat gila, tandas bersih, tempat makan sebelah, tokey mesra alam.

4. Dalam petang sikit, jungle trekking ke windmill, laluan dia kat belakang camping site ni je. Ta payah nk jalan jauh-jauh, tak payah ambikk takesi air. Perjalanan dalam 30minit nak sampai puncak.

5. Kita orang jungle trekking dari Long Beach ke windmill. Dari windmill pergi romantic beach (30 minit, curam gila jalan dia). Sebab dah penat sangat nk patah balik, panggil je bot-bot yang ada kat situ. Upah seikhlas hati sebab dorang bukan teksi. Dia hantar ke coral beach dan jalan kaki dalam 10 minit tembus ke Long Beach belah hujung 1 lagi. Nah. Hampir 1 pulau pusing.

6. Makan malam maggi cup, roti sapu tuna, air mineral.

trip-kepulau-perhentian-kecil-4

trip-kepulau-perhentian-kecil-5

Hari 2

1. Long trip snorkeling melalui di Chill Out Cafe RM30. Ada 5 point. Termasuk life jacket, mask, snorkeling.

2. Kalau rasa jenis cepat mabuk, takut masuk air, dicadangkan ambik 3 point je. Membazir nanti. Sebab dah last-last korang pening, duduk atas bot je tak turun-turun.

3. Lepas habis 3 point, akan berhenti untuk makan tengahari kat perkampungan nelayan. Tapi sebab lama sangat main air,  tak lalu pun nak telan nasi sebab rasa loya,pening,migrain, nak termuntah semua ada.

4. Cukup sekadar minum air dengan makanan ringan-ringan.

5. Makna makam dalam lingkungan harga RM20. Saya makan nasi goreng seafood  RM10 dan air laici RM4

Hari 3

1. Sarapan maggi cup dan biskut

2. Message nombor kat tiket bot bagitau berapa orang nak balik dan ambik kat mana. Selalunya ramai akan balik pukul 12 tengahari.

Baca: Tip Percutian Bajet Ke Pulau Perhentian, Terengganu

trip-kepulau-perhentian-kecil-1

trip-kepulau-perhentian-kecil-3

Kos

1. Return boat – RM60 (harga asal RM70, tapi boleh mintak kurang)
2. Marine park – RM5
3. Camping – RM30/hari (kongsi 2 orang so jadi RM15 untuk 1 malam di Awatif Camping)
4. Snorkeling 5 point – RM30 di Chill Out Cafe
5. Wind mill jalan kaki dengan cara jungle trekking je
6. Makan RM20 per hidangan

TOTAL – baru 100 lebih. Lagi mewah makan, lagi mahal la bajetnya.

Baca lagi: Ini Bukan Luar Negara, Tetapi Bukit Keluang, Besut Yang Menggamit Rasa