Kembara aku kali ini berkonsepkan R&R – Redah dan Redha sebab terlalu sibuk dan masa yang terhad tetapi alang-alang dah sampai Balkan, cuba ‘tapau’ mana yang mampu. Bosnia skip sebab dah sampai dulu.

Aku betul-betul minimakan beg dengan pakaian dan barang-barang yang ringan. Total berat tak sampai 6 kg. Tak ada sebarang bekalan makanan. Senang nak kejar flight sebab tak perlu checkin luggage. Cuaca ok, boleh ulang pakai baju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Total 8 penerbangan sebab transit di Abu Dhabi. 2 kali naik bas. 6 negara Balkan.

22 September 2017
KL – Abu Dhabi – Istanbul. Sampai di Istanbul jam 1 tengahari. Next flight jam 4:30 petang tapi bukan connecting flight. Kena keluar cop passport dulu kemudian check in Air Serbia. Berkejarlah jugak.

Di Istanbul tak boleh web checkin untuk Air Serbia, tu yang kena ke kaunter. Rupanya Air Serbia tutup operasi di Istanbul. Jadi naik airline partner, Atlas Global. Bagus servis Atlas Global.

Highlight kali ni adalah Belgrade sebab yang lain orang dah biasa masuk.

Aku takut dan teruja nak masuk ke Serbia disebabkan sejarah silam Serbs bunuh ramai orang Islam. Dan di tahun ni saja baru mereka bagi setahun tanpa visa untuk rakyat Malaysia. Alhamdulilllah. Semuanya dipermudahkan.

Imigresen tak tanya apa satu. Macam angguk-angguk,”oh, Malaysia…” (sambil senyum). Persepsi aku juga mula berubah, tuan rumah apartment (Duga Apartment) di Belgrade bukan main peramah. Apartment ini tepi sungai. Pagi dan petang ramai orang beriadah.

Semua yang aku jumpa, English speaking & very helpful. Bila tanya direction, semua kalau boleh nak tolong sampai kita jumpa tempat tu. “Don’t worry, you just follow me.” Nak ke pusat bandar dalam 10 minit naik bas.

Belgrade kota Balkan terbesar. Tak sempatlah nak cover semua kan. Tapi aku jenis memang tak keluar malam. Disebabkan travel sorang-sorang, tak ada siapa nak pertikai atau marah. Mat Salleh semua kata Belgrade is the best place to party.

Seharian jalan kaki di kawasan tarikan utama pelancongan. Mudah. Berdekatan. Tapi paling nak tengok ialah masjid. Sebab ada satu saja masjid utama. Satu lagi masjid dah diruntuhkan sebab katanya dibina tanpa permit.

Kita patut beri sokongan kepada Muslim di sini. Ramai yang dah ‘lari’ masa perang dulu. Muzium dan galeri pun banyak kat sini. Kalau nak restoran halal, ada di sebelah masjid. Restoran Pokemon. Sehari suntuk boleh explore tempat menarik di sini. Di hujung minggu banyak showcase. Republic Square tu dekat je dengan masjid. Kota lama pun dekat.

24 – 26 September 2017
Terbang dengan Air Serbia ke Zagreb.
Paling nak cari: Museum of broken relationship
Menginap di Arts Room (tempah di booking.com). 100m je dari stesen bas utama.

26 – 27 September
Ljubljana, Slovenia.
Naik Flix Bus. Kena cop passport. Slovenia dalam EU tapi bukan Schengen. Jadi kenalah turun naik bas untuk formaliti. Cantik pemandangan di sepanjang jalan. Aku suka Ljubljana. Convenient size and so green. Tinggal di Apartment Vega (tempah di booking.com).

Baca: 15 Tip Penting Yang Wajar Diambil Tahu Sebelum Mengembara Ke Negara Balkan

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-1

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-2

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-3

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-4

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-5

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-6

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-7

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-8

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-9

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-10

27 September 2017
Terbang dengan Adria Airways ke Pristina. Naik bas no 28 ke airport. Memang bersih dan indah Slovenia ni. Adria Airways walau kecik, ada on air entertainment. Merupakan budget airline.

Menyesal tak berlama-lama di Kosovo. Memang ‘mundur’ berbanding negara Eropah lain tapi aku suka. 99% Muslim. Orang baik-baik. Masjid sana-sini. Tak sempat ke Prizren huhu. Kena datang lagi ni.

Aku menginap di Apollonia Hotel. Rasanya aku sorang je kat hotel ni, tak jumpa tetamu lain. Tenang sekali. Nasib sekejap je blackout. Waktu malam pulak tu.

28 September 2017
Bas ke Skopje, Macedonia. 2 jam sampai. Imigresen pun mudah. Hujan.
Setakat berkunjung ke landmark utama. Sejuk. Lebih enak menikmati keselesaan Ibis Hotel City Centre. Betul-betul dekat dengan monumen-monumen penting Skopje.

29 September 2017
Terbang dengan Pegasus Airlines ke Istanbul, turun di Sabiha Airport. Sempat jamak di airport sebab hari Jumaat, dah tau jalan jam. Bas melintasi jambatan pemisah Turki Asia dan Turki Eropah dengan aman. Nasib flight tak delay.

Di Istanbul, baru cadang nak beranakkan beg dengan shopping. Terima kasih Aku dan Istanbul, pemuda yang berhijrah ke Turki untuk membina cabaran hidup. Turki kan ada 81 negeri. Datang 20 kali pun belum tentu habis nak jelajah. Sebahagian Istanbul adalah Balkan.

Oklah. Lebih kurang catatannya. Tunggu buku aku keluar, Kembara Puitis Fedtri Yahya ke 50 negara.

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-11

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-12

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-13

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-14

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-17

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-18

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-19

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-21

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-20

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-22

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-23

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-24

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-25

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-26

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-27

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-28

itinerari-kembara-balkan-fedtri-yahya-30

Baca lagi: Lihat Kesan Perang Sewaktu Travel Ke Bosnia Mengajar Saya Perkara Mahal Tentang Hidup