KL-MACAU-MANILA-CEBU-KL
Jumlah bajet adalah per orang
7 hari 6 malam (27/01/2016-02/02/2016)

Tiket Kapalterbang

Huawei-Nova-7i-price-specs-Revu-Philippines
HYPE
5 Sebab Utama HUAWEI nova 7i Sering Menjadi Rebutan Ramai
Baca lagi →

KLIA2 – Macau (AirAsia – termasuk makan, insurance dan kerusi) RM 161.00
Macau – Manila (Air Asia – termasuk insurance) RM 214.45
Manila – Cebu (Philippine Airlines – termasuk makan dan beg 10kg) RM 110.00
Cebu – KLIA2 (Air Asia – termasuk makan ) RM 196.50

Penginapan

Macau – Holiday Inn Macao Cotai Central (1 malam) RM107.80
Manila – Our Awesome Hostel (2 malam) RM 86.30
Cebu – 1 malam di Matutinao Beach Resort (Inc. in Cebu Package)
1 malam di Travelbee Guesthouse RM 32.75

Pakej

Manila – Taal Volcano day trip 2100 PESO
Cebu – Swimming with Whaleshark @ Oslob, Tumalog Falls, Osmena Peak, Canyoneering at Kawasan Falls 5600 PESO
Bamboo raft @ Kawasan Falls (300 peso / 5 ) 60 PESO

Makanan dan minuman

Macau – Indian Spice Express, The Venetian 50HKD
Manila – Martabak Cafe, Mall of Asia 189 PESO. Persia Grill, Makati 250 PESO
Cebu – Makan tengahari lepas canyoneering @ Matutinao Beach Resort (Inc in Cebu Package).
KFC Cebu City 104 PESO. Persian Palate, Mango Square Mall 220 PESO

Pengangkutan

Teksi – Manila Airport Terminal 3 > Our Awesome Hostel 100 PESO
Teksi– Our Awesome Hostel > Manila Airport Terminal 2 140 PESO
Teksi – Mango Square Mall >Mactan Cebu Airport 84 PESO

Tips / Upah

Manila

Horseman @ Taal Volcano 100 PESO
Beli air untuk horseman dekat Taal Volcano 50 PESO
Boatman & Guide @ Taal Volcano 18 PESO
Driver dari Mall of Asia ke Our Awesome Hostel 50 PESO

Cebu

Driver & Guide Canyoneering di Kawasan Falls 180 PESO

Sim Kad

Smart – 50 Peso. Free 30MB untuk 3 hari x 2 100 PESO
(Untuk internet sahaja, kalau nak call kena reload) Reload 20 Peso

Travel Insurance

AXA Smart Traveller – Perlindungan untuk 7 RM 39.00

Lain-lain Perbelanjaan

Simpan beg di The Venetian 10HKD/backpack

Total Keseluruhan : RM = 947.80 PESO = 9365 HKD = 60
Lepas tukaran matawang : RM 1791.81 (tidak termasuk cenderamata)

ITINERARY

Hari 1

Fisherman’s Wharf- Senado Square- Ruins of St Paul- Mount Fortress- Water Fountain di Wynn Hotel

Hari 2
The Venetian- Terbang ke Manila

Hari 3
Taal Volcano – Mall of Asia

Hari 4
Terbang ke Cebu

Hari 5
Swimming with whaleshark di Oslob, Tumalog Falls, Osmena Peak

Hari 6
Canyoneering di Kawasan Falls

Hari 7
Terbang balik ke Malaysia

Info

macau-1

Ruins of St Paul, Macau.

macau-2

Senado Square, Macau

macau-3

The Venetian, Macau

macau-4

The Venetian, Macau

macau-5

Fisherman’s Wharf, Macau

macau-6

Mount Fortress, Macau

MACAU

1. Pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat kalau nak jimat, naik shuttle bus hotel. Hotel yang besar-besar kebanyakkanya semua ada shuttle bus sendiri.

2. Walaupun tak tinggal dekat hotel tu pun, kita boleh naik secara. Tapi kena jalan sikit sebab bus akan ambil & turunkan kita dekat hotel. Ada jugak teksi & public bus.

3. Tempat yang best untuk dilawati yang boleh pergi naik shuttle bus ; Fisherman’s Wharf, The Venetian, Macau Tower, Water Fountain @ Wynn Macau, Senado Square, Ruin’s of St. Paul, Museu De Macau, Mount Fortress.

4. Nak beli souvenir yang harga mampu dekat Senado Square, pergi satu kedai pakcik ni dekat lorong kecil lepas kedai Koi Kei Bakery yang jual egg tart tu. Sampai je Senado Square, tengok belah kiri. Tak jauh dari tourism centre.

5. Restoran halal dekat Macau tak banyak. Salah satu yang paling senang nak cari, Indian Spice Express dekat Food Court dalam The Venetian. Harga 1 meal dalam 80HKD.

6. Hotel dekat Macau semua mahal-mahal. Budget hotel yang paling selesa, Ole London Hotel dekat area Senado Square. Harga dalam RM300 per malam untuk 2 single bed atau 1 queen bed. Deposit kena bayar 500HKD, tapi kalau hotel 4 / 5 star macam The Venetian atau Holiday Inn kena bayar deposit 1000HKD waktu check in.

Nanti waktu check out dia akan pulangkan balik deposit tu kalau tak ada apa-apa kerosakan dekat bilik yang korang buat. Deposit boleh bayar guna tunai atau credit card.

7. Nutella tak boleh bawa masuk dalam kabin flight. Kena rampas masa dekat imigresen.

Baca: 15 Aktiviti Menarik Yang Mesti Anda Lakukan Jika Bercuti Ke Pulau Boracay, Filipina

manila-1

Boat Station, Taal Lake, Manila

manila-2

Naik bot ke Taal Volcano, dalam 30 minit

manila-3

Horse riding to the top of Taal Volcano, about 40 minutes. It will cost you around 500-600 peso per person.

manila-4

Taal Volcano view – This is the second most active volcano in the Philippines with 33 historical eruptions. The last eruption was on 1977.

manila-6

Minum air kelapa percuma lepas habis tour Taal Volcano

manila-7

Hello Whaleshark – Oslob, Cebu

manila-8

Roofdeck, Our Awesome Hostel, Makati, Manila

MANILA

1. Trafik sangat-sangat teruk. 3km jarak perjalanan boleh jadi sejam. Kalau nak pegi airport dari Makati City, keluar awal 3 ke 4 jam untuk elak tersekat dalam trafik jam dan terlepas flight.

Dari Makati – Tagaytay (Boat Station Taal Volcano) 2 jam perjalanan naik kereta

2. Package Taal Volcano dah termasuk coconut juice, mineral water, horse ride, boat ride, driver dan kereta dari hostel-taal volcano-hostel. Pemandu akan pick up dari mana-mana hotel di sekitar Metro Manila dan akan drop kita dekat hotel balik. Driver (Robert) dan guide tersangatlah baik. RECOMMENDED.

Contact : Taal Volcano Crater Tour Package for Only PhP 900/Head

3. Dekat Taal Volcano ni memang terkenal dengan tips. Lepas naik kuda, horseman tu akan minta tips. Kehidupan dorang ni sangat daif, kalau tengok rumah dan pakaian dorang sedih je.

Jadi bagilah tips seikhlas hati. Dan bersedia untuk basah sebab masa balik naik bot confirm akan basah. Bawak baju hujan in case kalau hujan and tak nak basah sebab kat sana kalau nak beli harga 100 PESO. Tapi kitorang tak pakai baju hujan pun. Hehe.

4. Our Awesome Hostel, Makati, Manila ni sangat best sebab ada roofdeck dekat tingkat paling atas – Tingkat 10. Boleh nampak view Makati City waktu malam. Restoran halal restaurant – Persian Grill dekat Bonifacio Global City. Jalan kaki dalam 15 minit je.

5. Setiap kali nak masuk mall kena buka bag, akan ada security yang check beg dan ada pengesan dekat pintu.

6. Restoran halal dalam Mall of Asia – Martabak Cafe (Ground Floor – South Wing). Harga 1 hidangan dalam 200 PESO. Nak shopping souvenir dalam Mall of Asia – kedai nama Kultura (Ground Floor – North Wing)

7. Sim card kitorang beli 2 sebab 1 sim card boleh guna 3 hari je. 1 sim card dia kasi free 30MB. Pandai-pandai lah berjimat guna data internet tu.

Upload gambar lepas tu off data. Nak scroll, scroll dekat hostel nanti guna wifi. Haha! Beli sim card dekat airport atau dalam Mall of Asia dekat customer service counter.

cebu-1

Tumalog Falls, Cebu

cebu-6

cebu-7

cebu-2

Osmena Peak, Dalaguete, Cebu

cebu-3

Naik van / motor sejam lebih & hiking 40 minit untuk sampai atas puncak ni.

cebu-5

Matutinao Beach Resort

cebu-8

cebu-9

CEBU

1. Ambil package dengan Kawasan Canyoneering. 5600 PESO untuk 4 attraction places dalam 2 hari. Whaleshark, Tumalog Falls, Osmena Peak, Canyoneering di Kawasan Falls. Sekali dengan van dan driver.

2. Kalau nak pegi sendiri naik bas pn boleh, total cost boleh jimat dalam RM50-100. Tapi kalau nak senang, tak penat sangat dan malas nak fikir, baik ambil package ni. Service tip top. Layanan bak puteri raja. Guide baik-baik belaka.

3. Penginpan dia kasi chalet dekat Matutinao Beach Resort, terletak depan je dengan starting point nak ke Kawasan Falls. Chalet betul-betul depan pantai.

Contact : Kawasan Cebu Canyoneering

E-mail : [email protected]

4. To be safe, waktu canyoneering sila pakai double pants. Takut seluar terkoyak nanti sebab akan ada banyak slide atas batu.

5. Lepas canyoneering dia bagi makan tengahari, korang minta la makanan halal. Macam kitorang haritu dia kasi ayam tapi kitorang tak makan. Minta tukar dengan ikan.

6. Travelbee Guesthouse tak sesuai untuk solo woman traveller. Sebab kawasan dia macam dalam perkampungan yang sunyi dan banyak anjing. Kalau ramai-ramai ok je. Hostel selesa dan dekat dengan Mango Square Mall yang ada restoran halal Persian Palate.

7. Souvenir boleh beli dekat Island Souvenirs. Mahal sikit tapi cantik. Ada kedai kecik tepi jalan sebelah je dengan Island Souvenirs tu jual souvenir yang harga affordable.

8. T-shirt paling murah boleh dapat sehelai 150 PESO. Nak lagi murah dan cantik, lebih beli souvenir dekat kedai-kedai sekitar whaleshark point.

9. Waktu nak balik Malaysia, kena bayar terminal fee dekat airport 750 PESO. Pastikan dah asingkan duit tu siap-siap, takut nanti terguna.

10. Wayar extension tak boleh bawa masuk kabin. Kena rampas dengan imigresen.

11. Kitaorang pergi berlima. Jadi semuanya base on sharing basis of 5 person. Lagi ramai, lagi murah package.

12. Tips dekat Filipina tu ikut diri masing-masing nak bagi ke tak. Kalau tak bagi tips, lagi murah bajet. Kalau guide/driver korang tu baik, kasi la tips seikhlas hati.

13. Bawa makanan dari Malaysia macam maggi, biskut, roti. Average price untuk sekali makan dekat Filipina dalam 200-250 PESO. Makan sehari sekali dekat luar pun dah ok.

14. Book hotel Macau dekat official website Holiday Inn Macao Cotai Central, hostel Manila dan Cebu dekat Agoda.

Di harap detail budget ni dapat membantu korang yang nak pergi Macau – Manila – Cebu. Salam.

Baca lagi: 33 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Pulau Boracay, Filipina

Artikel di atas disumbangkan oleh Noorihan Noorudin. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka