Gunung Rinjani merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia yang terletak di Pulau Lombok. Ketinggian Gunung Rinjani adalah 3,726 meter di atas permukaan laut (mdpl). Ia merupakan gunung kegemaran bagi pendaki-pendaki di seluruh dunia kerana keindahan pemandangannya yang memiliki keluasan sekitar 41,330 hektar.

Pendakian normal untuk ke Gunung Rinjani adalah sekitar 3 hingga 5 hari bergantung kepada trail atau dalam bahasa Indonesia dipangggil ‘jalur’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdapat banyak jalur yang boleh dipilih antaranya:

1. Dari Lombok Utara
(i) Jalur Senaru (laluan komersial)
(ii) Jalur Torean
(iii) Jalur Santong
(iv) Jalur Sambik Elen
(v) Jalur Gumantar
(vi) Jalur Semokan

2. Dari Lombok Timur
(i) Jalur Sembalun (laluan komersial)
(ii) Jalur Timbah Nuh

3. Dari Lombok Tengah
(i) Jalur Benang Setokel

4. Dari Lombok Barat
(i) Jalur Aik Nyet (jarang dipilih kerana jauh)

Ada juga pendaki yang menggabungkan 2 jalur yang berbeza untuk aktiviti pendakian dan penurunan bagi mendapatkan pemandangan yang berbeza contohnya mendaki via Sembalun dan turun via Senaru. Untuk #ProjekRinjani2017 kami memilih untuk mendaki via Sembalun dan turun melalui jalur Torean (jalur rare!) Puas pujuk guide nak dapat jalur ni.

Lineup

  1. Yusry Aizat Baharudin (Yuih)
  2. Bally Da Shoe (Bally)
  3. Shahril Mohamad (Dewa)

Baca: 7 ‘Hidden Gems’ Unik Yang Berjaya Aku Terokai Sewaktu Travel Di Lombok

tip-daki-gunung-rinjani-1

tip-daki-gunung-rinjani-2

tip-daki-gunung-rinjani-3

tip-daki-gunung-rinjani-4

tip-daki-gunung-rinjani-5

tip-daki-gunung-rinjani-6

Itinerari

Hari Pertama
12.00pm : Tiba di Airport Lombok seterusnya bergerak ke Sembalun Lawang.
4.00pm : Tiba di Sembalun Lawang
5.00pm : Memulakan pendakian dari Sembalun Basecamp (1,150mdpl)
7.00pm : Tiba di Pos 1 (1,500mdpl)
8.00pm : Tiba di Pos 2 (1,800mdpl)

Perjalanan kami bermula sejurus tiba di Airport Lombok dan terus dibawa ke Sembalun Lawang oleh pihak organizer dengan menaiki kereta. Setelah tiba di Sembalun Lawang, kami telah berhenti di Rinjani Information Centre untuk proses pendaftaran dan memohon kebenaran bagi memasuki Taman Nasional Gunung Rinjani.

Pendakian kami bertiga akan diiringi oleh seorang local guide dan seorang porter. Setelah bersiap sedia, kami memulakan aktiviti pendakian bermula dari Sembalun Basecamp.

Permulaan pendakian adalah mudah dengan melalui ladang penduduk kampung dan seterusnya ke kawasan padang rumput atau dipanggil savana. Perjalanan dari basecamp ke Pos 1 adalah selama 2 jam dan dari Pos 1 ke Pos 2 mengambil masa hampir 1 jam. Kami telah berkhemah di Pos 2 sebelum menyambung pendakian pada keesokan hari.

Hari Kedua
8.00am : Memulakan pendakian dari Pos 2
9.00am : Tiba di Pos 3 (1,900mdpl)
2.00pm : Tiba di Plawangan Sembalun Camp Site (2,641mdpl).

Pendakian hari kedua adalah sangat jauh dah mencabar. Trek mencanak naik dan kami perlu melewati 7 bukit sebelum sampai ke Plawangan. Cabaran terbesar adalah di Bukit Penyesalan yang mepunyai tanjakan yang panjang dan seakan-akan tiada penghujung.

Waktu itu nak menyesal pun dah tak berguna. Setelah mendaki hampir 6 jam, kami akhirnya tiba di Plawangan Sembalun Camp Site. Pemandangan adalah sangat cantik dan Danau Segara Anak juga boleh dilihat dari sini.

Hari Ketiga
3.00am : Summit attack!
8.00am : Tiba di puncak Gunung Rinjani (3,726mdpl)
9.00am : Kembali turun ke Plawangan Sembalun Camp Site.
12.00pm : Tiba di Plawangan Sembalun Camp Site untuk makan tengahari dan berkemas untuk turun.
2.00pm : Memulakan perjalanan turun ke Danau Segara Anak.
5.00pm : Tiba di Danau Segara Anak (2,010mdpl)
5.30pm : Mandi di Kolam Air Panas Air Kalaq

Hari ketiga sangat ditunggu-tunggu kerana kami akan buat summit attack menuju ke Puncak Gunung Rinjani. Alhamdulillah cuaca baik walaupun suhu sangat sejuk.

Summit attack kami bermula seawal 3 pagi dan perjalanan menuju ke ‘Puncak Anjani’ merupakan perjalanan yang harus ditempuhi dengan sabar dan pantang menyerah. Trek berpasir dengan pemandangan jurang di kiri dan kanan ditemani cahaya bulan dan suluhan headlamp akan menguji fizikal dan mentel seseorang pendaki.

Segala penat lelah seakan-akan hilang apabila tiba di puncak gunung. Kelihatan ketulan awan putih, hamparan pulau Lombok dipagari lautan biru beserta pemandangan beberapa gunung termasuk gunung Agung di Bali, Raung di Banyuwangi dan Tambora di Sumbawa.

Setelah puas bergambar sambil menikmati keindahan pemandangan dari atas puncak, kami kembali turun ke Plawangan untuk berkemas dan ke destinasi seterusnya iaitu Danau Segara Anak.

Danau Segara Anak merupakan salah satu tasik yang tercantik di Indonesia. Di sini juga terdapat Kolam Air Panas semulajadi yang dipanggil ‘Air Kalaq’. Selain dapat melepaskan penat dengan berendam, Air Kalaq juga dikatakan mampu bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Hari Keempat
8.00am : Memulakan penurunan melalui jalur Torean.
5.00pm : Tiba di Kampung Torean.

tip-daki-gunung-rinjani-7

tip-daki-gunung-rinjani-8

tip-daki-gunung-rinjani-9

tip-daki-gunung-rinjani-10

tip-daki-gunung-rinjani-11

tip-daki-gunung-rinjani-12

Baca lagi: Perkongsian Menarik Bagaimana Lelaki Ini Tawan Puncak Gunung Rinjani Tanpa Latihan Fizikal